Walaupun hanya seorang perwakilan yang menimbulkan kedudukan Datuk Safie Apdal yang juga Naib Persiden UMNO, suara itu tidak boleh diketepikan.
Dengan adanya suara itu, bermakna, kehadiran Safie Apdal di Kedah memang tidak disambut baik oleh rakyat terutama ahli-ahli Umno.
Persiden Parti perlu mengambil tindakan segera, kerana perkara ini boleh membawa padah menjelang PRU-13 akan datang.
Seorang pemimpin Pemuda Umno Kedah Basorri Hassan mahukan parti itu mengkaji kembali jawatan pengerusi perhubungan Kedah Datuk Shafie Apdal dan negeri pembangkang lain yang diterajui oleh bukan pemimpin tempatan.
Katanya, walaupun pemimpin berkenaan hebat dan mempunyai strategi yang baik tetapi kesibukan Shafie sebagai menteri, ahli parlimen dan naib presiden Umno menyebabkan perkara itu tidak dapat dilakukan.
"Tolong kaji balik perlantikan pengerusi perhubungan di Kedah khasnya dan di negeri-negeri pembangkan lain," kata Bassori yang juga ketua Pemuda Umno Jerai.
Berucap sebagai wakil Pemuda Umno Kedah ketika membahaskan ucapan dasar ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin, Bassori berkata walaupun mungkin ada pihak yang terguris dengan sikap berterus-terangnya itu, beliau hanya menuruti prinsip "bercakap benar walaupun pahit".
Menurut Bassori lagi, sentimen bukan orang tempatan itu setakat ini berjaya digunakan dengan baik oleh PAS yang memimpin negeri itu bagi menepis isu berbangkit, seperti masalah air.
"(Menteri Besar Datuk Seri) Azizan Razak kata, depa (Umno) nak gaduh pasal air apa, depa (mereka) bukan dok sini.
"Dan rakyat setuju," kata Bassori lagi.

No comments:
Post a Comment