Thursday, October 21, 2010

Azmin-Saifuddin Nasution dakwa Zaid Agent UMNO

Gara-gara mengatakan bahawa perjuangan PKR tidak harus memfokuskan kepada hanya untuk Anwar Ibrahim, sebaliknya PKR perlu lari daripada perjuangan asal parti itu.

Melalui pendangan Zaid Ibrahim itu, Azmin dan Saifuddin Nasution menuduhnya sebagai agent UMNO yang mahu merosakkan PKR daripada dalam.

Sebelum ini Zaid mendapat teguran daripada Anwar kerana mantan menteri Umno itu mempergunakan media arus perdana yang dikaitkan dengan umno untuk menyuarakan pendapatnya mengenai PKR.

Zaid mengatakan bahawa jika PKR ingin melaksanakan reformasi dan transformasi, parti itu perlu memperkayasa isu selain keadilan untuk Anwar. Zaid malah menambah, bahawa sejak PKR ditubuhkan hanya berjuang untuk Anwar, khasnya untuk mencapai cita-cita mantan TPM itu menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Zaid juga mendakwa bahawa PKR perlu merombak kepimpinan jika mahu parti itu diterima rakyat.

Dalam perkembangan yang sama, setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution mengatakan bahawa Zaid bertindak seperti agent Umno dalam PKR. Untuk itu, para perwakilan PKR diminta menolak penyelaras Pakatan itu dalam perebutan jawatan Timbalan Persiden parti.

No comments:

Blog Archive