Pendedahan seorang bloger disini. Rahimi Osman membuat laporan polis di IPD Klang pada jam 2.00 petang tadi dan juga akan membuat sidang akhbar di LOTUS PJ pada bila-bila masa sekarang.
Anda kenal Rahimi Osman ? Namanya cukup famous di kalangan ahli PKR, tetapi sejak akhir-akhir ini menjadi lelaki misteri kerana tidak dapat dikesan, walaupun perintah mahkamah memerlukan kehadirannya untuk proses pengecaman kes liwat Anwar Ibrahim.
Siapa Rahimi Osman ? Penama ini adalah bekas pegawai khas Anwar Ibrahim mewarisi ‘dairi merah’(istilah popular di kalangan inner circle Anwar untuk menggambarkan betapa dekatnya hubungan dengan Anwar sebagai penjaga dairi) daripada Nik Nazmi Nik Ahmad. Mula direkrut oleh Nik Nazmi sebagai pembantunya untuk mengupdate laman anwaribrahimblog setelah gagal menamatkan pengajiannya di UIA, sekitar Mac 2007.
Ketika itu, Anwar Ibrahim menetap di Amerika Syarikat dengan menjadi pensyarah pelawat di SAIS, John Hopkins dan Universiti Georgetown. Tetapi dalam masa sama, Anwar sekali sekala pulang bercuti di Malaysia dan membantu kerja-kerja parti. Ketika itu juga Anwar mempunyai tiga ofis, di Washington/Dubai diuruskan oleh Aasil Kazi Ahmad, di Seksyen 16, Petaling Jaya diuruskan oleh tiga pegawai khas, Nik Nazmi, Nurul Izzah dan Sim Tze Tzin.
Manakala satu lagi ofis Anwar adalah di Phileo Damansara (Yayasan Aman) yang diuruskan oleh Nathaniel Tan(Nat). Nat juga merupakan Setiausaha Foundation For The Future yang Anwar merupakan pengerusi dan Presiden yayasan demokrasi Amerika Syarikat untuk Timur Tengah itu.
Jadi Rahimi bertugas di pejabat Anwar di Seksyen 16, Petaling Jaya. Semasa PRU 12, ketiga-ketiga pegawai khas Anwar di pejabat Seksyen 16, PJ bertanding pilihanraya, maka Rahimi dilantik mengambil alih tugas Nik Nazmi sebagai pegawai khas Anwar.
Semasa PRU 12, PKR kekurangan tenaga kerja. Rahimi menjadi ‘superman’. Dari menjaga Anwar hinggalah menjadi posmen menghantar poster ke Pulau Pinang. Ketika itu, Rahimi adalah Setiausaha Politik, Setiausaha Sulit, Pembantu Khas dan Koordinator Politik kepada Anwar. Dia juga lah Presiden Anwar Ibrahim Club (AIC).
Bagaimana Saiful boleh bekerja di pejabat Anwar ?
Menurut keterangan Saiful di mahkamah, pada awal Mac 2008, dia mendapat panggilan telefon daripada kenalan sekolahnya (SMK Damansara Utama), Rahimi Osman. Rahimi telefon untuk ajak dia berborak di pejabatnya, Seksyen 16, PJ. Ketika berkunjung ke pejabat Anwar, Rahimi bertanyakannya apakah dia sudah bekerja sekarang. Saiful menjawab, tidak. Rahimi bertanya lagi, adakah dia berminat bekerja membantu pejabat Anwar, kerana ketika itu kekurangan tenaga kerja. Saiful mendiamkan diri. Rahimi seterusnya menjemput Saiful masuk ke bilik mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Anwar berkenaan dengan program pilihanraya.
Selepas Anwar memasuki bilik mesyuarat, Rahimi memperkenalkan Saiful kepada Anwar. Mereka bersalam, sambil Anwar berkata, “I appreciated your help for helping us”.
Menurut Saiful lagi, dia mula bekerja di pejabat Anwar sebagai sukarelawan, kira-kira seminggu sebelum PRU 12. Tugasnya antara lain mengatur jadual perjalanan pilihanraya, membantu Rahimi dan kadang kala mengikuti ceramah-ceramah politik Anwar.
Sekitar April 2008, Rahimi dinaikkan pangkat menjadi Setiausaha Sulit, manakala Saiful juga turut dilantik sebagai pembantu peribadi Anwar. Pelantikan dibuat secara lisan oleh Anwar sendiri. Ketika itu, tugas Rahimi sebagai penjaga ‘dairi merah’ iaitu pencatat jadual perjalanan Anwar. Begitu juga dengan tugas Saiful. Semakin bertambah, antaranya mengatur pertemuan sulit Anwar untuk berkomunikasi dengan ahli parlimen BN yang bakal melompat parti, membantu Ibrahim Yaakub, Ketua Staff Anwar di pejabat Seksyen 16, PJ, memfiling dokumen-dokumen sulit dan menyemak handphone peribadi milik Anwar.
Saiful memberitahu mahkamah pada pagi, 27 Jun 2008, dia hantar e-mel(menggunakan blackberrynya) kepada Anwar memberitahu perletakan jawatannya yang berkuat serta merta.
Dalam e-mel itu, dia memberitahu Anwar alasannya berhenti kerja kerana dua sebab iaitu beliau tidak berdisiplin ekoran selalu datang lambat ke pejabat dan kurang kelayakan.
Rahimi juga mengambil langkah sama meletakkan jawatannya dengan alasan untuk menumpukan bisnes keluarga.
Apa sebenarnya yang berlaku sehingga kedua-dua pegawai Anwar itu meletakkan jawatan ?
Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi, Rahimi Osman mengatur pertemuannya dengan bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor pada lewat malam, 27 Jun 2008, di tempat letak kereta dekat dengan persinggahan Plaza Tol Rawang. Turut bersama Saiful dan Rahimi adalah bapa saudara Saiful, Tuah Mohamad Ali.
Ezam pula ketika hadir di Mahkamah Tinggi untuk sesi pengecaman pada Mei lalu memberitahu media bahawa sebelum ini dia tidak kenal langsung Saiful Bukhari sehingga lah ke tarikh pertemuan itu.
Ezam menceritakan lebih lanjut berkenaan pertemuan tersebut. Ketika itu, Ezam berada di Larut Perak dalam satu program ceramah politik. Selepas ceramah, dia menerima panggilan telefon daripada kawannya (Rahimi) yang bekerja lama dengan Anwar Ibrahim.
Persoalannya, di manakah Anwar sembunyikan Rahimi ?

No comments:
Post a Comment