Wartawan Utusan Malaysia malah mencadangkan agar Taib Mahmud berundur sebelum PRU-Sarawak. Kononnya jika Taib mengetuai PRU-Sarawak, maka BN Sarawak akan kalah, sama dengan Wan Mohktar di Terengganu pada PRU-1999.
Nampaknya wartawan tersebut lebih maklum mengenai keinginan rakyat Sarawak. Wartawan itu juga lebih maklum kemahuan parti PBB yang diketuai oleh Taib.
Kononya juga menurut wartawan itu, pembangkang berpesta, kerana Taib masih mahu mengetuai BN Sarawak pada PRU-Sarawak yang dijangka diadakan bila-bila masa daripada sekarang. Penggal DUN Sarawak akan berakhir pada Julai 2011.
ADUN Sarawak terdiri daripada 71 kerusi; 56 kerusi Bumiputra dan 15 kerusi kaum cina. Melihat kejayaan parti DAP menang di PRK Sibu, ada kemungkinan semua kerusi yang kaum cina di negeri itu akan dimenangi DAP.
Melihat kepada jumlah kerusi bumiputera di negeri tersebut, maka BN masih mempunyai majoriti selesa. AYT tidak nampak, bahawa BN Sarawak akan kecundang.
Persepsi rakyat Sabah dan Sarawak sangat berbeda dibanding di Semananjung. Di Semenanjung, apa kah UMNO menang, PAS Menang atau PKR menang, pemerintah tetap melayu. Namun di Sarawak dan Sabah berlainan. Rakyat Sabah dan Sarawak melihat kepada kemampuan individu dan kemudian parti. Rakyat Sabah dan Sarawak melihat kepada keikhlasan pemimpinnya.
Bagi rakyat Sarawak dan Sabah, para pemimpin yang ada perlu dipertahan kerana mereka mempunyai rekod membantu rakyat. Mereka tidak lagi mengaut keuntungan untuk memperkaya diri kerana mereka sudah kaya. Jika pemimpin baru dan parti baru diberi peluang, maka lumrah manusia akan memperkaya diri sendiri dahulu kemudian rakyat.
Telah 47 tahun para pemimpin Sabah dan Sarawak bersama rakyatnya, mereka juga manusia biasa, mereka juga tidak mahu pemergian mereka tidak dikenang. Mereka mahu nama mereka dikaitkan dengan kemajuan rakyatnya.
Rakyat Sabah dan Sarawak tidak mahu kejadian yang berlaku di Selangor, Pulau Pinang di mana rakyat telah tertipu dengan janji-janji Pakatan.
Rakyat Sabah dan Sarawak telah mengambil iktibar daripada kejadian itu. Oleh kerana itu, kepada wartawan senior Utusan tersebut; jangan lah membuat andaian dan persamaan dengan keadaan di Semenanjung.
Saksikan saja, pada PRU-13 dan PRU-Sarawak, rakyat di negeri tersebut tetap mengembalikan BN ditampuk pemerintahan. Nasihat AYT kepada wartawan tersebut, tumpukan perhatian saudara di di Semenanjung, jika saudara masih menyokong UMNO tetap menjadi tulang belakang kerajaan.

No comments:
Post a Comment