“saya adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu dan kemudian baru saya orang Melayu. Apakah mana-mana pentaksub ada masalah dengan soal ini?”
Ini ayat di baris terakhir dalam surat terbuka Nazri Aziz, Menteri di JPM yang mengecam Awang Selamat dan Utusan. Ia disiarkan melalui Malaysian Insider (sini).
Nampak gayanya Nazri terus mengambil sikap menyondol membabi buta dalam politik tanpa memikirkan mengenai untung nasib dan perasaan bangsa Melayu.
Penulis berpandangan, sekiranya beliau sekadar menyatakan dirinya adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu dan kemudian baru orang Melayu, itu tiada masalah kerana ia adalah pandangan peribadinya sebagai seorang individu.
Tetapi apabila beliau menambah dengan menyebut “Apakah mana-mana pentaksub ada masalah dengan soal ini?” ia sebenarnya tidak lebih dari mengambil sikap untuk menyindir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin.
Ini kerana Tan Sri Muhyiddin sebelum ini dengan tegas dan berani menyatakan beliau melihat dirinya sebagai Melayu terlebih dahulu dan pada masa yang sama sebagai rakyat Malaysia. Baca sini
Walaupun surat terbuka berkenaan sebenarnya ingin mengentam Awang Selamat dan Utusan namun penulis melihat tindakannya ini akan menambah kebencian orang Melayu kepada beliau secara khususnya dan UMNO secara umumnya.
Ini kerana Nazri turut sekepala dengan Ketua Pemuda UMNO yang menghentam Utusan sebagai lupa diri dan tidak kenal tuannya kerana memaparkan perjuangan Perkasa yang membela hak-hak orang Melayu (sini).
Penulis turut merasa hairan mengapa Nazri memilih untuk memuatkan surat terbuka beliau melalui Malaysian Insider, sebuah portal berita yang diketahui sebagai pro-pembangkang? Mengapa ia tidak diberikan saja kepada BERNAMA? Adakah Nazri juga mempunyai kepentingan politik di sebalik kewujudan Malaysian Insider?..
Akhir sekali, penulis mencadangkan agar PM menimbangkan semula Nazri untuk berada di bawah payung UMNO agar supaya UMNO dapat memastikan semua wakil rakyatnya melihat diri mereka sebagai Melayu dulu dan pada masa yang sama sebagai rakyat Malaysia!
Itu baru betul UMNO berada di landasan perjuangannya, sama seperti mula-mula penubuhannya pada tahun 1946 dulu! Hidup Melayu! Tulisan asal

No comments:
Post a Comment