Tiada sebab Siti Rohana Ismat(43) yang dijumpai mati kerana kesan tembakan bersama ADUN Permatang, Selangor menjadi isteri ke-2 Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, kerana arwah telah memiliki segala-galanya, demikian penjelasan ibu Siti Rohana, Siti Badariah Ahmag(62).
Malah ibu arwah mengatakan hubungan antara Siti Rohana dengan Datuk Abdul Aziz hanya hubungan antara pekerja dan majikan.
Beliau berkata, Siti Rohana yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Tanjung Karang mengenali Abdul Aziz, 64, sejak beliau menjadi wakil rakyat di kawasan Permatang.
"Dahulu pun orang ingat dan cakap anak saya ada hubungan istimewa dengan Datuk Aziz tetapi hubungan mereka sebenarnya tidak lebih daripada majikan dengan pekerja sahaja.
"Sebagai seorang kerani, dia mestilah selalu mengikut bosnya untuk menjalankan tugas," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Sungai Gulang-Gulang dekat Tanjung Karang.
Abdul Aziz dan Siti Rohana ditemui mati dengan kesan tembakan pada kepala masing-masing dalam kereta yang dipandu Abdul Aziz yang terbabas di Lebuh raya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh dekat sini pada 11 pagi semalam.
Kata Siti Badariah, sejak bercerai dengan Abdul Aziz Hamim, 43, lima tahun lalu, anaknya yang aktif berpolitik terpaksa bekerja keras demi mencari rezeki untuk mereka empat beranak.
"Allahyarham seorang anak dan ibu yang baik serta bertanggungjawab kepada anak-anaknya kerana sanggup bekerja siang malam untuk menyara keluarga," katanya.
Ayah Siti Rohana, Ismat Shafie, 74, berkata arwah anaknya tidak mempunyai sebarang musuh dalam politik mahupun urusan peribadinya.
"Saya juga tidak pernah ambil tahu mengenai urusan peribadi Rohana termasuk hal ehwal politik dan perniagaan butik andaman dan solekan yang diceburinya," kata bekas petani itu.
Beliau juga berkata ketiga-tiga anak Siti Rohana, Izati Natasha, 19, Iliani Nazira, 14 dan Mohd Izat Emir, 9, masih dalam keadaan trauma berikutan kematian ibu mereka.

No comments:
Post a Comment