Thursday, August 05, 2010

Kematian Datuk Abdul Aziz-Siti Rohana: Biarkan polis merungkainya


Kematian Datuk Abdul Aziz Mohd Nor (64) mantan ADUN Permatang Selangor dari tahun 2004-2008, bukan sahaja mengejutkan sesiapa yang rapat dengannya, malah pihak polis juga tertanya-tanya atas motif apa, mantan ADUN itu membuat keputusan melepaskan tembakan ke atas dirinya dan mantan pembantu pribadinya Siti Rohana Ismat (43).

Ramai mereka yang pernah berkerja bersama dengan mantan ADUN itu merasa terkejut atas kemalanagan yang tiada sesiapapun yang boleh menduganya.

Pada pagi selasa lalu sebelum kemalangan tersebut berlaku, mantan ADUN itu dalam perjalan menghadiri mesyuarat UMNO Tanjung Karang bersama Siti Rohana yang juga naib ketua wanita bahagian Umno Tanjung Karang.

Dalam kejadian di lebuh raya utara-selatan berdekatan Sungai Buloh Selangor, apabila kereta putih milik Siti Rohana dijumpai, dimana pemandunya adalah manatan ADUN Permatang itu, ternyata kedua-duanya didapati telah meninggal. Keputusan bedah siasat adalah; punca kematian disebabkan oleh tembusan peluru pada bahagian kepala mangsa.

Pihak polis sedang mencari fakta sebenar kejadian tersebut dan seterusnya menjanjikan bahawa laporan bedah siasat, forensik dan ujian balastik akan siap dalam masa seminggu.
Dalam perkembangan kes tersebut, ketua polis Selangor Datuk Khalid telah mengatakan bahawa tiada unsur pihak ke-3 dalam kematian dua mangsa tersebut.

Datuk Abdul Aziz Mohd Noh dan Siti Rohana Ismat, telah pun selamat dikebumikan di tempat masing-masing. Semoga roh mereka ditempatkan di mana sepatutnya. Biarkan lah pihak polis merungkai kemalangan ini. Kita hanya boleh menunggu. Apapun penemuan punca dan sebab musabab kemalangan tersebut, yang pasti dua nyawa telah melayang dan keluarga Allahyarham dan Allahyarhamah diminta bersabar, kerana kejadian tersebut adalah kehendakNya.

No comments:

Blog Archive