Wednesday, August 04, 2010

Datuk Aziz dan pembantu wanitanya ditembak mati


Bekas ADUN Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, dan seorang pembantunya mati ditembak ketika sedang memandu.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar, siasatan awal polis terhadap mayat didapati ada kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa.

"Siasatan juga mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yang dinaiki mangsa.

"Mangsa wanita adalah PA (pembantu peribadi) kepada Datuk Aziz. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Sepucuk pistol turut ditemui di tempat kejadian.

Aziz berkhidmat sebagai ADUN Permatang selama sepenggal sehingga 2008 apabila beliau menewaskan calon PKR Samry Masri dengan majoriti 4,285 undi.

Bagaimanapun, dalam pilihan raya umum lalu, beliau memberikan laluan kepada Sulaiman Abd Razak bertanding mewakili Umno.

Kes tersebut disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, hasil laporan awal bedah siasat Aziz dipercayai mati ekoran tembakan di tubuhnya.

Tambahnya, dua kesan tembakan dikesan pada wanita tersebut dan satu lagi pada mangsa lelaki.

"Terdapat dua peluru yg masih berada dalam chamber pistol (revolver) manakala tiga spent bullets di dalam chamber," kata Khalid.

Sebelum itu, polis menyangka kematian Aziz disebabkan kemalangan jalan raya berhampiran Sungai Buluh.

No comments:

Blog Archive