Ekoran penolakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpurterhadap permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan semua laporan perubatan yang disediakan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur yang terlibat, maka sambungan perbicaraan sepatutnya berlangsung pada 14 Julai, namun disebabkan persidangan parlimen, maka sambungan perbicaraan itu akan berlangsung pada 17 julai.
Pada 18 Jun lalu Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam keputusannya berkata tidak ada peruntukan atau asas undang-undang yang mengatakan dokumen seperpti mana yang diminta oleh OKT itu perlu dibekalkan.
“Justeru, saya dengan ini menolak permohonan itu.”
Mohamad Zabidin membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam Anwar, Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan.
Permohonan itu dikemukakan oleh peguam Anwar pada 4 Jun lalu.
Beliau meminta semua nota klinikal dan laporan perubatan, bahan, spesimen, emel, nota bertulis tangan, surat-menyurat, catatan dan pemerhatian oleh ketiga-tiga doktor yang telah memeriksa pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008, dua hari selepas mendakwa dia diliwat oleh Anwar.
Selain itu, peguam Anwar juga mahu pihak pendakwa menyerahkan peralatan yang lazim digunakan semasa ujian untuk serangan seksual diberikan kepada mereka.
Pihak pembela juga ingin mendapatkan maklumat berhubung kelayakan dan pengalaman ketiga-tiga doktor berkenaan yang merawat Saiful - Dr Khairul Nizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng.
Dr Mohd Razali adalah pakar bedah di HKL yang telah memeriksa bekas pembantu Anwar dengan pakar rawatan kecemasan Dr Khairul Nizam Hassan dan pakar patologi forensik Dr Siew Sheue Feng.
Seorang pakar forensik yang didatangkan khas dari Australia oleh pihak pembela, Dr David Wells (atas, kanan), sebelum ini mengadu bahawa beliau tidak dapat menjalankan tugasnya jika dokumen berkenaan tidak dibekalkan.
Profesor dari Victoria Institute of Forensic Medicine itu berkata peranannya sebagai penasihat pihak pembela akan terjejas tanpa dokumen berkenaan.
Prosedur lazim bagi kes jenayah adalah bagi pihak pendakwa membekalkan semua dokumen berkaitan kepada pihak pembela sebelum permulaan perbicaraan.
Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan pada 29 Januari lalu memutuskan tidak perlu untuk berbuat demikian kerana pihak pembelaan boleh mengemukakan supaya bukti-bukti itu diserahkan semasa perbicaraan.
Anwar, 63, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

No comments:
Post a Comment