Sekeping gambar beri banyak makna. Begitu juga dengan gambar pelarian, Raja Perta Kamaruddin (RPK) bersama empat rakan karibnya termasuk Datuk Zaid Ibrahim yang dikatakan membiayai pengendali laman web Malaysia Today itu.
Penyiaran gambar tersebut di sebuah laman web seseorang yang ada kaitan dengan mereka berlima ini lebih menarik kerana penyiasat persendirian P.Balasubramanian ada sama.
Semua tahu RPK dan Bala sudah lama melarikan diri dan bersembunyi di luar negara.
Kedua-dua mereka sekali sekala menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan skrip dan cerita yang diragui kebenarannya.
Malah Senator Ezam Mohd Nor menganggap Bala sebagai bacul kerana ‘hit and run’ – serang dan lari walaupun Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz beri jaminan keselamatan terhadapnya jika beliau pulang memberi kenyataan kepada SPRM berhubung beberapa dakwaannya sebelum ini.
Apapun gambar terbaru RPK, Zaid dan Bala bolehlah dianggap pelengkap skrip dan mengesahkan dakwaan bahawa PKR terbabit dengan pergerakan Raja Petra serta penyiasat persendirian itu.
Dua lagi di dalam gambar itu kalau tidak silap adalah peguam Bala iaitu Americk Sidhu (baju putih,duduk) dan seorang lagi yang sekali imbas macam Karpal Singh tidak diketahui siapakah sebenarnya.
Kini terpulang kepada pihak berkuasa di sini untuk mengambil tindakan bagi mendapatkan maklumat mengenai RPK dan Bala daripada Zaid yang terbukti mengetahui di mana kedua-dua lelaki itu bersembunyi.
Walaupun Zaid mengakui, RPK adalah rakan karibnya tetapi sebagai pemimpin PKR yang selama ini melaung-laungkan keadilan dan ketelusan, Zaid kena mendedahkan kepada pihak berkuasa atau membantu RPK dan Bala pulang ke negara ini.
Malah peguam Karpal Singh menjelaskan walaupun Malaysia dan London tiada perjanjian ektradisi tetapi kerajaan boleh mengadakan perjanjian dua hala untuk menahan dan membawa RPK yang masih diburu polis di sini.
Polis juga boleh mendapatkan maklumat daripada Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli yang ke London ketika ini bagi menyertai program Frineds of Pakatan – sebuah persatuan penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat di negara itu.
Gambar Ahli Parlimen Kuala Krai itu bersama Bala ada dalam Facebook Dr Hatta.
Pemimpin PAS lain yang turut serta program itu ialah ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar.
Apakah motif pemimpin PAS yang berkiblatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini bertemu Bala? Mungkin mereka mahu mendengar macam-macam lagi cerita rekaan Bala supaya boleh jaja di Negara ini demi kepentingan politik pakatan pembangkang

No comments:
Post a Comment