Sunday, June 13, 2010

PAS Sanggup Gugur Perjuangan Islam Demi Mendapatkan Kuasa

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, bagi menjayakan perjuangan PAS, maka parti itu perlu bergantung kepada masyarakat bukan Islam bagi menjayakannya.

Mengaitkannya dengan politik semasa di mana PAS bergabung bersama parti bukan Islam seperti DAP, Nik Aziz berkata, tahaluf atau kerjasama politiknya dalam Pakatan Rakyat perlu dipupuk untuk mencapai matalamat menakluk Putrajaya.

"Bagaimana hendak bawa Islam kalau timbul lagi isu tahaluf (kerjasama), dulu dengan Semangat 46, sekarang ini dengan DAP? (Hendak) marah kita kawan dengan DAP.

Nik Aziz berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan mursyidul am dalam muktamar PAS ke-56 bertemakan "Islam Adil untuk Semua" di Pengkalan Chepa petang ini.

Berasaskan kepada perubahan perjuangan Pas ini, maka kaum melayu yang begitu taksub dengan perjuangan PAS kerana kononnya PAS adalah parti Islam, kini semuanya itu telah sirna. Pas telah menggugurkan matalamat asalnya yakni menubuhkan negara islam, sebaliknya telah menerima bahawa hidup matinya parti itu kini tergantung kepada sokongan DAP.

Terserah kepada penyokong tegar PAS, apa kah perubahan politik PAS ini masih lagi mereka terima. Kayu pengukurnya adalah PRU-13 akan datang.

Pas kini tidak lagi boleh mendabik dada sebagai pejuang Islam, sebaliknya parti itu berjuang hanya untuk mendapatkan kuasa bersama DAP dan PKR agar supaya Anwar Ibrahim boleh menjadi Perdana Menteri.

Mulai sekarang, masyarakat melayu yang menyokong PAS perlu bermuhasaba diri agar jangan terpangaruh dengan muslihat PAS ini. Pas berjaya, bermakna parti itu mengadai maruah kaum melayu kepada DAP.

No comments:

Blog Archive