Trend wakil rakyat pakatan pembangkang yang keluar parti untuk menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Parlimen Bebas dan menyokong Barisan Nasional (BN) mencerminkan parti pembangkang kini "telah hilang kegembilangan dan cahaya tarikan."
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata lebih ramai wakil rakyat parti pembangkang keluar parti akan menyedarkan para pengundi bahawa mereka tidak mendapat sebarang manfaat kepadanya.
Tindakan wakil rakyat parti pembangkang yang keluar parti telah membuat pendirian tegas dan berwibawa, kata anggota Majlis Tertinggi Umno itu kepada wartawan Malaysia di sini Selasa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh keluar daripada DAP dan menjadi wakil Bebas yang mesra Barisan Nasional berikutan kecewaan dengan kepimpinan DAP dan Pakatan Rakyat Perak yang terlalu banyak berpolitiking sehingga tanggungjawab kepada rakyat diabaikan.
Rais berkata sudah sampai masanya rakyat menyokong BN bagi memastikan mereka dan keluarga sentiasa terjaga dan mendapat bantuan yang sepatutnya, selain turut membantu usaha kerajaan memperkukuhkan gagasan 1Malaysia.

No comments:
Post a Comment