Thursday, June 10, 2010

Muktamar Pas Rabu Ini: Ada Gambaran Kehadiran Ustaz Nasharudin Mat Isa Tidak Dialu-alukan

“Mengapa tiada (langsung) gambar Timbalan Presiden PAS?”

Isu ini dibangkitkan oleh salah seorang perwakilan yang mendesak agar diberikan penjelasan sebab tiadanya gambar Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa pada kain rentang dan “backdrop” di dewan persidangan Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat yang berlangsung di Markas Dewan Ulama (Madu) di sini hari ini.

Isu yang dibangkitkan ini menjadi perhatian ketika desas-desus berterusan bahawa kehadiran di Kelantan Nashrudin tidak dialu-alukan walaupun beliau adalah wakil rakyat dari negeri itu.Nasharudin merupakan Ahli Parlimen Bachok, Kelantan.

Timbalan Presiden PAS itu menjadi tumpuan selepas dikaitkan dengan usaha memihak idea kerajaan perpaduan Umno-BN, yang secara peribadi dibantah oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nasharudin juga merupakan antara pemimpin yang menjadi sasaran disyorkan oleh Nik Aziz agar ditukar dengan diadakan satu muktamar khas. Syor itu dikemukakan empat bulan selepas pemilihan pucuk kepimpinan parti tahun lalu dan ketika PAS menghadapi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan.

Ketika itu timbul spekulasi Nasharudin tidak dibenarkan turun berkempen, tetapi beliau hadir selepas rawatan ringkas di hospital.

Kain-kain rentang dan “backdrop” hanya mempamerkan wajah Nik Aziz dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perwakilan dari Terengganu mendakwa Muktamar Tahunan PAS Pusat yang diadakan di Kelantan langsung tidak mempamerkan gambar Timbalan Presiden parti kecuali Nik Aziz bersama Hadi.

“Minta penjelasan daripada Dewan Ulama,” kata perwakilan ketika membahaskan Laporan Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat.

Ditanya mengenai keadaan yang sama di Kota Baru dan kawasan muktamar di Putik, Pengkalan Chepa, Abdullah berkata, “saya tidak tahu yang itu.”

Kain rentang dan “backdrop” Muktamar Dewan Ulama di sini memuatkan wajah pemimpin kananya iaitu Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib, timbalannya Datuk Ahmad Yaakob dan naibnya Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

“Wajah tiga orang diletakkan sebab ini majlis Dewan Ulama,” katanya.

No comments:

Blog Archive