Wednesday, June 16, 2010

Konsensus BEBAS Yakin Akan Ramai Lagi Wakil Rakyat Pembangkang Akan Keluar

Konsensus Bebas, yang dianggotai lima Anggota Parlimen Bebas, pula meminta rakyat menghormati keputusan Adun Malim Nawar itu yang keluar parti selepas kecewa dengan kepimpinan tertinggi DAP yang didakwa tidak membantu beliau dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Dalam kenyataannya hari ini, Konsensus Bebas percaya lebih ramai lagi Adun dan anggota Parlimen daripada pakatan pembangkang yang akan keluar parti ekoran rasa muak dan kecewa dengan permainan politik berlebih-lebihan oleh pimpinan atasan.

Konsensus Bebas juga menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai parti yang menerajui pakatan pembangkang juga sudah gagal dan tidak mampu lagi untuk terus memimpin pakatan pembangkang.

Konsensus Bebas juga mengingatkan pakatan pembangkang supaya bermuhasabah dan menilai diri serta tidak menuduh atau menjaja pembohongan dan fitnah bahawa Adun dan Anggota Parlimen yang meninggalkan pakatan pembangkang kerana dibeli dan disogok wang oleh BN.

"Tuduhan sebegitu tidak lebih hanya untuk mengelak dari isu sebenar bahawa Adun dan Anggota Parlimen serta penyokong pakatan pembangkang sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan pakatan pembangkang, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi ketua pakatan pembangkang," menurut kenyataan itu lagi.

Konsensus Bebas dianggotai lima Anggota Parlimen Bebas ialah anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baharu), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai).

No comments:

Blog Archive