Monday, May 03, 2010

Protes Aktiviis Di KLCC Semalam Ada Unsur Politik

APA yang dicari oleh Kira-kira 30 aktivis mengadakan protes ringkas di KLCC semalam? yang dikatakan untuk memperingati Hari Kebebasan Akhbar Sedunia yang akan disambut hari ini.

Protes tersebut adalah anjuran Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (Wami), mereka berkumpul di kawasan air pancur di KLCC untuk membantah campurtangan politik dalam media dan mendesak supaya kebebasan akhbar dipertahankan.

Hanya kerana dakwaan satu dua individu yang berkepentingan, tanpa soal selidik dan usul periksa, MAWI terus memberi sokongan.

Ini lah masalah sebenar kita di Negara ini, belum diketahui benar tidaknya sesuatu dakwaan tersebut, maka sesuatu yang didakwa tersebut terus diyakini dan dipercayaai.

Dakwaan pengamal media tertentu baru-baru ini kononnya dia tidak dapat menyiarkan suatu berita yang bertepatan dengan PRK Hulu Selangor, kerana campur tangan politik.

Secara rasional, bila kah rencana itu di rancang untuk disiarkan? Apa kah memang, rencana itu dijadualkan pada masa itu, atau kah secara sengaja, rencana itu ingin disiarkan pada masa itu bagi maksud memberi advantage kepada sesebuah parti yang bertanding? Kalau Ya? kenapa disesuaikan penyiarannya bertepatan dengan PRK itu?

Perkara-perkara seumpama ini perlu diselidiki terlebih dahulu, sebelum membuat keputusan untuk menyokong atau menolak.

Persoalannya sekarang kenapa secara tiba-tiba Joshua Wong dan Chou Z Lam dikatakan menjadi mangsa POLITIK? Kenapa selama bertugas dua individu ini tidak pun mendakwa menjadi mangsa politik. Di sebabkan siaran mereka bertepatan dengan PRK HULU Selangor, yang dikhabarkan bahawa siaran itu tidak pun dalam jadual penyiaran, maka setelah pihak pengurusan stesen TV di mana mereka bertugas tidak bersetuju dengan cara penyarian tersebut, maka mendakawa kononnya ada campur tangan politik.

Semalam 30 aktivtis sambil duduk di atas anak tangga KLCC Suria Mall, mereka menyatakan bantahan dengan 'membaca' akhbar arus perdana secara terbalik.

Selain memprotes "pembohongan, campurtangan politik, pemilikan politik, dan putarbelit" dalam akhbar-akhbar berkenaan, mereka juga menyatakan sokongan kepada Joshua Wong dan Chou Z Lam - wartawan televisyen yang dikatakan menjadi mangsa campurtangan politik.

Kumpulan tersebut yang turut mewujukan halaman Facebook dan menamakan dirinya 'Flashmob for Press Freedom', telah menarik perhatian orang ramai dan pelancong sebaik sahaja duduk di situ dengan memegang akhbar dan menjadi sasaran jurugambar.

"Dengan membaca akhbar arus perdana secara terbalik, kita cuba mengingatkan orang ramai supaya melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza, kerana kita sering tidak dapat maklumat yang betul dari media arus perdana," kata presiden Wami, Wong Chin Huat  kepada pemberita.

Aktivis Wong Kieng Maen pula berkata beliau menyertai protes hari ini untuk menyuarakan sokongannya terhadap kebebasan akhbar.

"“Ramai rakyat Malaysia yang tidak berani bersuara. Jika apa (yang hendak kita kata) itu betul, kita mesti bersuara," katanya.

Sementara itu, sekumpulan kira-kira 20 anggota Pemuda Umno yang diketuai oleh seorang yang mengenal dirinya sebagai Hishamuddin Yahya , muncul di situ sambil membawa salinan akhbar rasmi PAS, Harakah and akhbar rasmi PKR - Suara Keadilan.

Katanya, akhbar pembangkang juga memutarbelitkan kebenaran, manakala akhbar media arus perdana pula menyiarkan laporan yang lebih baik.

Apa mereka (pembangkang) mahu? Mereka tidak adil kepada media arus perdana," katanya Hishamuddin kepada pemberita.

No comments:

Blog Archive