Tuesday, May 18, 2010

Pemimpin Pusat Perlu Selesaikan Segera Masalah Sabah dan Sarawak Jika Mahu 2 Negeri ITU FIXED Deposit BN

BAGI pengundi Sabah dan Sarawak isu pemimpin LAMA atau Baru bukan faktor penentu kemenangan pilihanraya. Yang menjadi penentu adalah pembelaan kepada mereka. Apa kah janji-janji telah ditunaikan. Apa kah hak sebagai warganegara tidak diabaikan. Apa kah keperluan asas mereka disediakan.

Penduduk Sabah dan Sarawak terutama pribumi adalah rakyat yang berdikari. Mereka hidup walaupun kais pagi makan pagi,namun tetap meneruskan hidup. Keperluan asas mereka sebagai warga negara merdeka, walaupun diabaikan puluhan tahun, tetap memberi sokongan kepada kepimpinan negara yang berteraskan pribumi.

Disebabkan tidak bersuara ini lah, para pemimpin yang diberi kepercayaan dan amanah telah alfa kepada mereka. Saban hari mereka terbaca di dada-dada akhbar, TV dan internet, bahawa bantuan menurah-curah kepada kaum yang bukan asal, yang mana telahpun maju, menikmati semua keperluan asas, menikamti kek kemajuan negara, namun bantuan demi bantuan tetap dicurahkan kepada mereka.

Kaum pribumi bukan tiada keluhan, bukan tiada rintihan,namun semuanya hanya bisa keluar dari mulut yang tidak berbisa, tidak bertaring, kerana keluhan tersebut hanya berkisar di kawasan kampung yang nun terpencil. Lain lah dengan keluhan kaum bukan asal yang telah maju, sebaik sahaja keluhan terfikir, maka keluhan tersebut terus sampai kepada teliga orang-orang tertentu yang mempertahankan jawatan dan kuasa. Akhirnya berlumba-lumba lah orang-orang yang mabuk kuasa ini memberi segala bantuan, segala gula-gula demi menarik sokongan sekaligus menutup mulut. Mulut tempayan boleh ditutup, namun bangkai gajah tetap ternganga, sukar ditutup, malah bantuan dan tutup mulut menjadi senjata makan tuan.

Projek konon di umumkan di Sabah dan Sarawak. Memang benar projek dilaksana di Sabah dan Sarawak, namun semakin banyak projek mengalir ke negeri-negeri ini semakin miskin pula penduduknya. Sebabnya duit projek bukan berlegar-legar di negar1-negeri ini, namun berlegar-legar di KLCC, Pavilon, Mega Mall, malah Singapura atau Bangkok.

Orang Sabah dan Sarawak masih mentah bersiang dengan saudara-saudara daripada Semenjanung dalam soal urus mengurus projek, kerana itu di setiap segi, mereka senantiasa kalah bersaing. Contohnya, bekalan makanan ke asrama sekolah berasramapun, kontraktor asal negeri ini tidak mampu bersaing, yang dapat memang berkad pengenalan Sabah atau Sarawak, namun siapa di belakang mereka.Apa tak lagi projek besar! jauh ikan dari api.

Melalui keputusan PRK SIBU Sarawak, ramai para pemimpin terutama daripada Semenanjung mengatakan bahawa kekalahan calon BN kerana faktor Pehin Seri Taib Mahmud. Namun mereka lupa, bahawa melalui PRK itu, para pemimpin Sarawak tidak diberi peranan, malah dianggap sebagai penumpang.

Para pemimpin ini lupa hakikat, bahawa semasa Tun Mahathir menjadi perdana menteri, walaupun telah berkuasa lebih 20 tahun,namun pada PRU 1999, BN tetap menang 2/3 kerusi dewan rakyat. Tun Abdullah hanya berkuasa kurang 5 tahun, namun apa yang terjadi pada PRU-12, BN hampir kecundang.

Jangan sandarkan kekalahan kepada individu tertentu, tanya apa penyebab kekalahan itu secara makro atau keseluruhan.

Kalau lah para pemimpin BN Pusat berani, cuba arah Pehin Seri Taib Mahmud bersara bukan kerana kehendak Taib sendiri dan pilih lah pemimpin baru yang lead Sarawak.AYT dapat bayangkan, Sarawak akan dikuasai oleh pembangkang secara keseluruhannya.

Jangan fikir jauh-jauh. Apabila keputusan PRU-12 diumumkan,BN kehilangan 2/3 kerusi dewan rakyat, dan berjatuhannya negeri-negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, maka yang jadi sasaran adalah Tun Abdullah. Mukhriz Mahathir adalah orang pertama meminta Pak Lah berundur. Apabila Pak Lah berundur, perubahan sokongan rakyat tidak juga berubah. Fakta dapat di lihat melalui PRK, daripada 11 PRK yang diadakan selepas PRU-12, hanya 3 kawasan yang dimenangi BN.

AYT merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan BN terutama para pemimpinnya.Sifat sebahagian para pemimpinnya yang masih berlagak dan sombong adalah sifat yang memuakkan dan membosankan. Walaupun tidak semuanya para pemimpin BN demikian, namun kerana seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit.

Jika keputusan PRK Sibu diambilkira AYT merasakan samada pimpinan Umno/BN terima atau tidak kekalahan ini adalah tidak penting. Samada BN mahu menunaikan pelbagai janji yang telah pun ditabur kepada pengundi di Sibu adalah urusan lain.

Bagi AYT yang penting adalah hakikat perkembangan baru politik telah berlaku.Rakyat dan pengundi tidak lagi mampu digula-gulakan. Pengundi bertindak dengan maklmat. Media baru memerdekakan mereka. Pemberian saat saat akhir meskipun berjumlah jutaan ringgit tidak akan dinilai oleh rakyat/pengundi. Mungkin mereka mengambil segala pemberian tetapi mereka tidak jamin akan memberi undi kepada si pemberi kalau pun mereka itu Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri.

Ini jelas telah disaksikan di Hulu Selangor meskipun tidak merata kepada semua kaum etnik. Kaum Cina lebih tegas dari orang Melayu atau India disegi ini. Kelompok pengundi bandar atau pinggir bandar atau lebih tepat lagi yang memilikki maklumat dan informasi, lebih tegas pendirian mereka tentang hal ini.

Mereka menolak cubaan ‘merasuah’ mereka di saat-saat akhir. Mendapat 48 peratus undi bukan satu perkara mudah apatah lagi berdepan dengan sogokan lebih RM 100 juta. RM 3 juta SRJK (C) di Rasa Hulu Selangor dan RM 5juta di Rejang Park di Sibu akan terpahat sebagai tanda aras kekebalan pengundi dalam Politik Baru.

PRK Sibu sekali lagi menunjukkan fenomena kesedaran yang sama. Peningkatan undi kepada calon DAP bukan sahaja disaksikan di kalangan pengundi Cina, bahkan di kalangan Melayu-Melanau, walaupun sedikit. Mereka mula mengerti akan nilai-nilai keadilan dan kesaksaman. Mereka celik dengan gelagat pimpinan yang membolot kekayaan negeri. Mereka juga tidak mudah ditakut-takutkan dengan ugutan dan ancaman.

Menakutkan pengundi Cina dengan negara Islam juga tidak semudah itu ditelan mereka. Bogey atau hantu itu tidak lagi mereka terima seperti zaman silam.

Kini rakyat tahu bahawa masalah utama mereka tidak kian selesai sebab pemimpin tidak peduli dan tidak bersungguh untuk menyelesaikan masalah mereka. Kalau di Sibu jelasnya ialah masalah banjir, tanah, kemiskinan dan pekerjaan untuk golongan remaja.

Mereka telah sedar bahawa negeri mereka kaya tetapi mereka tetap miskin sementara pemimpin membolot kekayaan. Apabila gelombang Politik Baru sudah terbudaya dan capaian maklumat telah mula menular, tidak ada cara lagi gelagat buruk pemimpin mampu diselindungi dengan akta atau undang-undang.

Di Sibu amat mudah Pakatan dan DAP berkempen. Satu undi untuk SUPP adalah satu undi untuk TAIB. Bukan sahaja orang Cina suka dan faham slogan DAP ini, ia juga difahami oleh kelompok Melayu-Melanau yang sedang mengalami ‘pencerahan’ akibat dari terdedah kepada maklumat dan Media Baru. Melayu-Melanau mengalami sedikit peningkatan undi. Malangya Iban masih ditakok lama.

Apabila DAP menang di Sibu, meskipun tipis yakni 398 undi sahaja, ia tetap merupakan isyarat bahawa PRU ke-13 akan bakal menyaksikan pertandingan paling sengit dalam sejarah politik pilihanraya. Kita akan saksikan ‘prelude’ atau muqaddimahnya dalam pilihnaraya Dewan Undangan Negeri Sarawak. Ingat bahawa Sabah dan Sarawak adalah ‘fixed deposit’ BN yang sukar ditembusi dahulu.

Sebaliknya, Hulu Selangor dan Sibu membuktikan bahawa pola sistem 2-parti dan Koalisi semakin diperkasa yang sekaligus juga memperkasakan rakyat selaku pemilik utama kuasa di negara ini. Pimpinan BN masih belum faham fenomena gelombang Politik Baru ini dan masih dalam penafian untuk menerima realiti ‘sistem 2-parti-koalisi’ sejak Mac 2008.

Mereka boleh menyalahkan pelbagai pihak termasuk calon dan jentera serta slogan yang tidak kreatif semacamana yang Najib kata dan lakukan post-mortem kekalahan mereka sehingga ke peringkat mikro. SUPP mendakwa mereka tak tahu mengapa pengundi tolak mereka. Malang. Mungkin Ketua Menterinya pun tak tahu kenapa BN kalah.

Tetapi andainya BN masih tidak mahu faham tentang fenomena gelombang Politik Baru dalam era ‘Pencerahan’ ini, maka mereka bakal diturunkan oleh rakyat dalam PRU ke-13 akan datang dan bakal menjadi pembangkang di Parlimen Malaysia.

No comments:

Blog Archive