Sunday, May 23, 2010

Mugilan Kempen Habis-habisan semasa PRK Hulu Selangor: Tg Adnan Mansor

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) menafikan Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan yang dipecat serta-merta oleh partinya semalam telah bertindak bertentangan dengan kepentingan perikatan itu di Hulu Selangor, bulan lalu.

Dalam pandangan peribadi dikongsi bersama The Malaysian Insider, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Mugilan walaupun tidak dipilih sebagai calon tetapi telah membantu berkempen untuk calon BN dari awal hingga akhir.

Usaha BN untuk menurunkan Mugilan sebagai calon di Hulu Selangor telah dibantah oleh Samy Vellu dan mesyuarat CWC MIC.

Mugilan (gambar), kata beliau, telah bersama-sama pemimpin parti komponen termasuk Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu sendiri mencari sokongan untuk wakil BN.

Oleh itu kata beliau, bagaimana hendak mengatakan yang Mugilan telah bertindak bertentangan dengan kepentingan BN.

“Ini pandangan peribadi saya, saya tidak tahu apa pendirian rasmi BN, tetapi pada pandangan peribadi saya dia (Mugilan) telah membantu BN,” kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Mugilan yang kelmarin didakwa oleh Samy Vellu akan dihadapkan kepada jawatankuasa disiplin atas alasan bertindak bertentangan dengan kepentingan MIC dan BN semasa pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor telah dipecat semalam oleh presiden itu.

Bagaimanapun dalam surat pemecatan, keputusan yang dibuat tanpa merujuk kepada jawatankuasa disiplin, Samy Vellu berkata Mugilan dipecat kerana mengeluarkan kenyataan media mempertikaikan pelan peralihan kepimpinannya dan mendesak agar berundur segera

No comments:

Blog Archive