Thursday, May 20, 2010

Datuk Ghafur Salleh Mahu DUN Merotai Dikembalikan Kepada UMNO

Umno bahagian Kalabakan mendesak pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) supaya mengembalikan kerusi dewan undangan negeri Sabah kawasan Merotai kepada Umno.

Ketuanya, Datuk Abdul Ghapur Salleh, berkata ini kerana Parti Liberal Demokratik (LDP) Sabah yang mewakili kawasan berkenaan sejak dua penggal lalu gagal membawa sebarang perubahan ke kawasan berkenaan.

"Kita tidak boleh lagi bertolak ansur dalam hal ini. Mana-mana kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu dan Islam, ia harus diberi kepada Umno," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Umno Bahagian Kalabakan hari ini.

Abdul Ghapur yang juga Ahli Parlimen Kalabakan, berkata keputusan membuat desakan itu dicapai pada mesyuarat hari ini.

Kerusi Merotai kini diwakili Pang Yuk Ming dari LDP, satu daripada parti komponen BN di Sabah.

Abdul Ghapur berkata, kawasan Merotai mempunyai 80 peratus pengundi Melayu/Islam berdaftar dan tidak ada sebab mengapa kawasan berkenaan tidak boleh diberikan semula kepada Umno.

"Sekiranya pucuk pimpinan BN tidak mempedulikan desakan kami, tidak ada jaminan calon BN akan menang pada pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya.

Desakan Ghafur itu ada kaitan dengan kritikan pemimpin tertinggi parti LDP terhadap kepimpinan BN Sabah secara terbuka.

Parti LDP terutama Timbalan Presdiennya suka melakukan kenyataan kontraversi dan kenyataan-kenyataannya seolah-olah sebagai parti pembangkang dan dirasakan sebagai parti duri dalam daging dalam BN Sabah

1 comment:

Unknown said...

saya MATINUS WARA BIN PETRUS,dari kg.bukit kukusan tg.batu tgh tawau.dulu,saya ada memohon zink di pejabat umno tgkt 1.di minta fotostat ic dn bgi no tel.diberi tahu,TUNGGU.sampai skrg x ada2.ada lgi dgr berita,bhawa laptop akn d bgi.pun disruh TUNGGU.soalan sy,apakh smua ini bnar?atau palsu..ke-2tntang kg sy..di ktakn akn dipindahkn d psir ptih ataupn tmn smarak..btl ke smua ini?017 836 7004

Blog Archive