Cerita kedai kopi mahupun bual-bual kosong berpusing-pusing di daerah Kota Belud pada masa ini, bahawa Timbalan Pengerusi Umno Negeri merangkap penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Salleh Said Keruak akan melepaskan jawatannya sebagai penasihat kepada Ketua Menteri untuk membolehkannya dilantik sebagai senator dan akan dilantik sebagai menteri penuh di peringkat persekutuan apabila perdana menteri melakukan rombakan kabinet yang akan berlaku tidak lama lagi.
Rombakan kabinet Najib akan berlaku kerana ekoran kepada perubahan kepimpinan MCA.
Khabar angin mula bertiup kencang, bahawa Salleh Said akan diberi peranan lebih besar di peringkat kebangsaan, untuk membolehkannya bergerak dalam situasi dan kondisi yang lebih luas.
Kepimpinan negeri Sabah dan Sarawak diberikan peranan yang besar di peringkat nasional, ekoran sokongan padu dua negeri Malaysia Timur itu kepada barisan nasional.
Datuk Salleh adalah mantan ketua menteri Sabah dalam sistem pengilirian ketua menteri Sabah atas ilham mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.
Sistem ini dimansuhkan pada tahun 2004 apabila Tun Abdullah mengambil alih kepimpinan negara.
Salleh juga merupakan mantan ahli majlis kerja tertinggi umno, namun pada pemilihan tahun lepas, dia tidak bertanding walaupun mempunyai pencalonan yang cukup untuk bertanding AMT Umno.
Cerita-cerita dan khabar angin bahawa Salleh akan dilantik sebagai menteri penuh dalam kabinet persekutuan beredar begitu cepat di Kota Belud, terutama oleh para pengikut Datuk Salleh.
Di khbarkan juga, bahawa Datuk Salleh akan mengetuai negeri Sabah pada pilihanraya ke-13 akan datang, kerana kononnya Pengerusi BN dan Umno negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman akan memberi laluan kepada Salleh.
Melalui perbualan dan cerita-cerita yang beredar di Kota Belud terutama oleh para penyokong Salleh, Datuk Safie Afdal dan Tan Sri Pandikar telah merestui bahawa Salleh wajar diberi peranan mengetuai Barisanal Nasional dengan pengunduran Musa Aman.
Selain itu, pada PRU-13 akan datang akan terjadi perubahan besar-besaran calon-calon BN bagi daerah Kota Belud. MP Kota Belud sekarang, Datuk Rahman Dahalan, kononnya akar berpindah ke Sulaman bagi menggantikan Datuk Hajiji Mohd Noor, Japlin Akim kononnya tidak boleh mewakili Umno, kerana bukan ahli Umno (akibat penggantungan, maka telah kehilangan hak sebagai ahli), Datuk Musbah Jamli akan diganti dengan calon lain. Datuk Salleh akan bertanding di kerusinya DUN Usukan, jika menang akan menjadi ketua menteri Sabah yang ke-14.
Demikianlah cerita-cerita yang beredar di Kota Belud pada masa kini. Teringkat saya pada falsafah Joseph W. Goebbels pakar stratigik Hitler pada tahun 40-an, goebbels berkata " if you spin a little story big enough and keep repeating it, people will eventually come to belive it" Fikir-fikirkan lah.

No comments:
Post a Comment