Penyokong fanatik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dinasihatkan tidak keterlaluan mempertahankan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika tidak tahu perkara sebenar.
Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak berkata, beliau dan rakan-rakan lain yang telah lama meninggalkan parti itu cukup kenal Anwar daripada luaran dan dalaman. Katanya, ketika Anwar di dalam penjara, beliau dan rakan-rakan itulah yang berada di barisan hadapan dan amat rapat dengan keluarganya.
“Kami lebih tahu cerita dalaman Anwar, (Presiden PKR) Wan Azizah Wan Ismail dan (Naib Presiden) Azmin Ali.
“Saya sarankan kepada teman-teman yang masih berada dalam PKR, waspadalah dengan taktik Anwar, perjuangan kamu hanya sia-sia kerana kamu sebenarnya belum cukup kenal dengan Anwar,” lanjut Saida nama glamour kakak kepada mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Salleh Said Keruak itu.
Saida selain mantan Naib Presiden PKR, juga mantan pengerusi PKR Negeri Sabah. Dia juga pernah bertanding dalam pilihanraya umum pada tahun 2004, di kerusi Parlimen Sepanggar Sabah, namun tewas. Setelah itu, Saida meninggalkan PKR dan kemudian masuk Umno.
Saida kini adalah ahli Umno Kota Belud, di mana adiknya sebagai Ketua Bahagian Kota Belud.
Pada tahun lepas Saida bertanding G7 bagi Bahagian Umno Kota Belud dan menang bergaya.
Saida dikatakan tidak sehaluan dengan mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Salleh Said terutama dalam segi pendekatan parti di peringkat akar umbi. Saida lebih mesra rakyat berbanding adiknya Salleh Said.
Bagi DUN Usukan, nama Saida hampir sinonim dengan kawasan itu, kerana Allahyarham bapanya merupakan mantan ADUN bagi kawasan suku sama itu.

No comments:
Post a Comment