Tidak sama dengan PRK Bagan Pinang. PRK Ulu Selangor, desakan akar umbi bukan penentu kepada pemilihan calon.
Di PRK Bagan Pinang, Najib terpaksa akur dengan desakan akar umbi yang mahukan Tan Sri Isa Samad untuk dicalonkan.
Pencalonan Isa Samad, bukan sahaja mendapat tantangan daripada para pemimpin BN sendiri, malah mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohammad.
Namun atas desakan akar umbi, akhirnya pucuk pimpinan akur.
Sebagaimana yang diketahui Isa Samad menang besar melalui PRK itu.
Namun kali ini, pucuk pimpinan BN tidak akur dengan desakan akar umbi, sebaliknya tetap memilih pertimbangan sendiri.
Pengumuman Najib semasa konvensyen BN Selangor semalam, bahawa calon BN untuk PRK Ulu Selangor adalah daripada parti MIC. Alasannya, kerana kawasan itu adalah kepunyaan MIC, walaupun kawasan itu berpenduduk majoriti melayu. Najib mengatakan bahawa kaum melayu sendiri tidak akan menang kecuali mendapat sokongan kaum lain seperti cina, india dan orang asli.
Pendirian Najib ini merupakan percaturan politik yang berisiko tinggi.Jika keputusan Najib ini ternyata benar melalui kemenangan calon MIC, ianya menjadi kayu pengukur dan batu loncatan menawan Selangor pada PRU-13 akan datang.
Slogan BN Selangor "Selangor take over plan=STOP" akan bersandar kepada keputusan PRK Ulu Selangor.
PRK Ulu Selangor adalah yang pertama sejak tusnami politik yang melanggar BN Selangor pada 8 Mac 2008 lalu.
Apa kah percaturan Najib melalui PRK Ulu Selangor yang menggunakan pendekatan lama akan berjaya? sama-sama kita tunggu.
Dalam perkembangan lain di Shah Alam semalam, najib mengumumkan bahawa Barisan Nasional akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu.
Perdana Menteri berkata ini selaras dengan semangat setiakawan dalam BN memandangkan kerusi itu adalah milik MIC sebelum ini.
"Sebab itu adalah kerusi MIC. Kita dalam UMNO, MCA PPP Gerakan akan sokong calon Barisan Nasional tapi saya minta satu biarlah calon itu ditentukan oleh (beliau selaku) Pengerusi Barisan Nasional sebab saya nak kita menang," katanya pada Konvensyen Barisan Nasional Selangor di sini pada Rabu.
Najib berkata beliau tidak mahu "ada perkiraan" dalam mana-mana parti komponen dalam isu pemilihan calon ini kerana yang penting adalah kemenangan Barisan Nasional.
"Sebagai kawan, kalau kalah bukan MIC yang kalah tetapi BN, kalau MIC menang, BN menang," katanya. Najib berkata sebagai Pengerusi BN, beliau akan memilih calon terbaik bagi memuaskan hati semua pihak.
Beliau juga menasihatkan parti-parti komponen BN supaya memberi tumpuan kepada tugas dan bukannya memikirkan soal calon.
"Jangan fikir pasal calon, fikir buat kerja, gerakkan jentera, jangan alpa, jangan leka, jangan malas," katanya.
Beliau berkata konvensyen diadakan untuk memulihkan semangat BN bagi mendapat iltizam baru, kesungguhan dan merapatkan barisan bagi memastikan kemenangan BN di Hulu Selangor.
Pada sidang akhbar kemudian, Najib berkata sentimen dan mood pada masa sekarang ini memihak kepada Barisan Nasional.
Perdana Menteri berkata bahawa dalam pilihan raya kecil ada faktor-faktor yang perlu diambil kira, satu daripadanya ialah faktor calon, sedangkan dalam pilihan raya umum, ia lebih menjurus kepada kepimpinan negara dan isu nasional.
"Soal isu penting juga tapi dalam pilihan raya kecil dia ada faktor-faktor lain yang diambil kira, jadi sebab itulah kalau kita nak menang, kita mesti ambil kira apa yang akan dibuat perhitungan oleh pengundi dalam satu-satu kawasan," katanya.
Ditanya sama ada kenyataan beliau Selasa supaya jangan dipertikai keputusan pucuk pimpinan dalam menentukan calon dan kenyataan beliau sebelum ini untuk mendengar denyut nadi rakyat dalam perkara itu, Najib berkata: "Kita ada beberapa perhitungan tetapi macam manapun bila sampai penentuan calon, mesti ada yang setuju dan ada yang tak setuju."
"Itu merupakan adat biasa tetapi yang penting kesetiaan dan kepercayaan kita setelah keputusan dibuat. Kita kena terima keputusan itu dan kita mesti pastikan calon yang ditentukan BN itu mendapat sokongan daripada kita."
Najib berkata pilihan raya kecil ini amat penting untuk BN Selangor kerana ia adalah sebagai batu loncatan dalam proses pemulihan tetapi di peringkat BN pusat "ia hanyalah satu lagi pilihan raya kecil".
Semasa konvensyen itu, Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, bersama pemimpin Barisan Nasional pusat dan negeri membacakan ikrar "Deklarasi Darul Ehsan" yang antaranya mahukan melakukan tranformasi untuk menjadi barisan hadapan dalam menjuarai isu rakyat.
Turut hadir pada konvesnyen itu ialah Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, Naib Presiden MCA dan juga Pengerusi MCA Selangor Datuk Donald Lim Siang Chai, Presiden PPP, Datuk M.Kayveas, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

No comments:
Post a Comment