Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd. Nor secara terbuka memohon maaf kepada rakyat khususnya orang Melayu kerana pernah membela Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam kes liwat pertamanya.
Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, ketika itu beliau tidak mengetahui perangai sebenar Anwar dan tidak mahu percaya dengan tuduhan tersebut.
“Saya nak mohon maaf atas apa yang telah saya buat, saya nak tarik balik tindakan membela Anwar dalam kes liwat dahulu.
“Dahulu saya tidak tahu, sekarang baru saya tahu perkara sebenar,” katanya ketika berucap pada majlis ceramah umum anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda) di Kampung Paya Keladi Tengah di sini malam tadi.
Turut hadir Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim; Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin.
Pada 8 Ogos 2000, Anwar dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar yang pernah menjadi pemandu peribadi isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Anwar sekali lagi menghadapi tuduhan liwat yang disebut sodomy II. Sodomy II adalah kes meliwat pembantu khas Anwar Mohd Saiful Bukhari Azlan yang berlaku pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominimum di Jalan Setiakasih Bukit Damnsara.
Tuduhan ini didakwa di bawah seksyen 377B jenayah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum 20 tahun penjara berserta sebatan.
Anwar ditangkap pada 17 Julai 2008, dan kini dibebaskan dengan jaminan pribadi berjumlah RM 20,000.
Kes Sodomy II mula dibicarakan pada 3 Februari lalu dan bersambung pada 10 Mei depan.
Selama perbicaraan yang bermula pada 3 Februari lalu yang sempat berlangsung selama 3 hari sebelum ditangguhkan, saksi utama pendakwa Mohd Saiful sempat mendedahkan beberapa klu mengenai kejadian meliwat dirinya. Perkataan "can i fuck u today" aka CIFUT dan kata laluan MOHKTAR merupakan kata-kata klu yang menjadi catitan mahkamah.
Selain itu tajuk berita surat khabar Utusan Malaysia "Tak Rela Diliwati Lagi" merupakan polimek kepada perbicaraan ini, kerana berasaskan tajuk tersebut, Anwar memohon untuk melucutkan Hakim sodomy II Mohammad Zabidin Mohd Diah, namun akhirnya Anwar menarik sendiri permohonan tersebut.
Perbicaraan Sodomy II sepatutnya berlangsung pada 25 Mac lalu, akan tetapi Hakim menundahnya kerana bersamaan dengan sidang dewan rakyat penggal ke-3 yang masih berlangusng hingga jun ini.
Sodomy II menjadi perhatian kerana Anwar mempergunakan media luar negara, para pemimpin luar negara terutama dari negara Australia, Amerika, Kanada dan British untuk mendesak kerajaan Malaysia agar campur tangan dalam proses mahkamah untuk menggugurkan sodomy II.
Anwar dalam usahanya mengalih pandang kes sodomy II mengeluarkan beberapa fitnah kepada kerajaan, termasuklah tuduhannya kepada konsep 1Malaysia kononnya diambil daripada one-Israel.
Asas kepada tuduhan Anwar ini kepada konsep 1Malaysia, adalah kononnya APCO Worldwide yang dilantik Kerajaan pada 10 Ogos 2009 sebagai juruperunding dalam bidang komunikasi antarabangsa terutama untuk negara Amerika dan Eropa.
Fitnah Anwar kepada kerajaan yang terbaru adalah kononnya PDRM telah berjaya disusupi oleh agen Israel melalui syarikat negara yahudi itu Asiasoft PLC yang menjadi sub-kontraktor mengubah jaringan komunikasi PDRM kepada digital.

No comments:
Post a Comment