Friday, March 05, 2010

Kalau Kerajaan Pakatan Pulau Pinang Berterusan: Negeri Pulau Mutiara Itu Akan Hancur


Disebabkan Anwar bukan penasihat ekonomi kepada Lim Guan Eng maka pelaburan di Pulau Pinang hancur. Tahun lepas pelaburan di negeri Anwar itu hanya RM2.2 bilion berbanding RM10.2 bilion tahun 2008. Penurunan ini merupakan 78% secara keseluruhan.

Lim Guan Eng perlu lantik Anwar seperti Khalid Ibrahim di Selangor kerana nasihat Anwar bukan mahal,hanya RM1.00 sebulan.

Sejak Pakatan mengambil alih Pulau Pinang, walaupun Lim Guan Eng selalu melawat luar negara untuk misi menarik pelaburan, namun misi itu gagal.

Tahun lepas jumlah projek yang diluluskan hanya 104 berbanding 151 tahun 2008.

Rekod tahun 2008 agak tinggi baik dari segi jumlah pelaburan mahupun projek adalah peninggalan kerajaan barisan nasional. Pakatan hanya mengambil alih kerajaan pada mac 2008, selepas PRU-12.

Kegagalan kerajaan Pakatan Pulau Pinang menarik pelaburan adalah bukti kukuh bahawa semua janji-janji Anwar dan kawan-kawan Pakatannya hanya omong kosong.

Sekira kerajaan Pakatan berterusan memerintah negeri Pulau Mutiara itu, kemungkinan besar negeri akan jatuh miskin.

Terpulang kepada rakyat Pulau Pinang, apa kah mereka mahu mempertahankan kerajaan Pakatan dengan kegagalan yang amat ketara.

Biasanya dengan mengecilnya kek, yang menjadi mangsa pertama adalah golongan minoriti, yakni melayu, kerana itu lah hukum alam, yang gagah akan senantiasa menindas yang kerdil.

No comments:

Blog Archive