Wednesday, March 17, 2010

Di Sebalik Penarikan Pelucutan Hakim Sodomy II; Apa Muslihat Anwar Sebenarnya?

Apa muslihat Anwar sebenarnya, sehinggakan dia membuat keputusan menarik balik rayuan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohammad. Zabidin Mohd. Diah menolak permohonannya agar menarik diri daripada mendengar kes liwatnya?.

Apa kah benar dakwaan pembangkang, bahawa Anwar kalah dalam mahkamah namun dapat menarik ramai penyokong terhadapnya?

Telah diketahui sejak penangguhan sodomy II, Anwar dan kawan-kawannya mempunyai ruang dan masa melakukan roadshow penafian sodomy II. Akibat daripada roadshow itu, mereka menggambarkan, bahawa semakin ramai rakyat mengikuti roadshow mereka.

Mereka juga mendakwa, usaha Umno meneruskan sodomy II telah mengubah persepsi rakyat terhadap Anwar.

Atas sebab-sebab yang disebutkan di atas, maka Anwar membuat keputusan menarik rayuan melucutkan hakim Mohammad Zabidin Mohd Diah. Alasan yang diberikan oleh peguam Anuar NS. Nair, kali ini Anwar mahu menjimatkan masa yang terlalu banyak terbuang.

AYT merasa pelik, kenapa baru kali ini pihak Anwar mengatakan bahawa terlalu banyak masa yang terbuang hanya melayani sodomy II? Bukan kah pihak Anwar sendiri sebelum ini bertekak sana sini, agar sodomy II ditangguh-tangguhkan. Untuk rekod, telah lebih 25 kali kes sodomy II ditangguhkan sejak 17 Julai 2008.

AYT merasa pelik! mesti ada sesuatu muslihat yang Anwar akan lakukan. Anwar dalam sifat semulajadinya, tidak mudah memberi, kalau tidak mendapat pulangan yang lumayan.

Anwar dan gengnya dalam usaha menepis sodomy II, telah membuat perancangan rapi, kali ini mereka bersatu hati menyerang Najib dan Rosmah Mansor. Di parlimen semalam misalnya, Karpal Singh telah mengejek Najib agar membersihkan dirinya daripada imej Altantuya. Dalam roadshow mereka, isu altanuya lah menjadi topik utama, sehinggakan pihak polis membuat rakaman percakapan Anwar di pejabatnya minggu lalu.

Anwar dalam menepis sodomy II, selain memutarbelitkan isu, mereka juga mempergunakan ulamak Mesir Yusof Qaradawi, kononnya ulamak Mesir itu memberi sokongan terhadap Anwar. Mereka menaipulasi VCD dan ucapan Yusuf Qaradawi, seolah-olah ulamak Mesir itu memberi tumpuhan kepada sodomy II Anwar.

Media pro pembangkang, malah menguar-uarkan bahawa magnet 360 Anwar mampu menarik ramai orang. Kehadiaran para pendengar kepada magnet 360 tersebut, menjadi tolok ukur Anwar menarik rayuan melucutkan Hakim yang mendengar sodomy II.

Pihak Anwar memang bijak membuat isu. Misalnya apabila mahkamah rayuan mempercepat mendengar rayun Anwar untuk melucutkan Hakim didengar pada 19 Mac ini, mereka mendakwa sesuatu yang tidak lazim, dan dengan sinis mereka berkata bahawa pihak mahkamah terlalu CEKAP KALI INI menentukan tarikh kes rayuan itu disebut.Mereka juga mendakwa “menukar seorang hakim tidak akan menukar sistem kehakiman Malaysia.”

Mereka dalam memutar belitkan isu, menggambarkan bahawa "bukan sesuatu yang lazim bagi mahkamah menetapkan tarikh mendengar permohonan sebelum petition difailkan.

Pada 8 Februari lalu, Anwar membuat permohonan supaya hakim itu menarik diri dengan alasan Mohamad Zabidin bertindak berat sebelah apabila enggan melayan permohonan peguam utama Anwar, Karpal Singh, untuk mengenakan tindakan menghina terhadap Utusan Malaysia berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar itu.

Anwar menghadapi tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Anwar dituduh dibawah seksyen 377B dan sabit keslahan boleh dihukum 20 tahun penjara dan sebatan.

No comments:

Blog Archive