Thursday, February 11, 2010

Sodomy II Bukan Konspirasi Najib Sebaliknya..........????

Sodomy II adalah tuduhan kepada Anwar meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sebuah kondominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01petang dan 4.30 petang 26 Jun lepas.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Beliau kini bebas dengan bon peribadi RM20,000. Seluruh rakyat Malaysia dan mungkin seluruh dunia akan mengikuti perbicaraan ini yang akan menentukan hidup dan mati Anwar dalam politik. Semalam Hakim YA Mohammad Zabidin Mohd Diah menetapkan 18 Februari untuk membuat keputusan samada beliau melucutkan dirinya mendengar Sodomy II.

SodomyII telah bermula pada 3 Februari lepas sehinggalah semalam, ekoran bantahan Anwar terhadap Hakim YA Zabdidin, ekoran laporan utusan yang membawa tajuk "Tak Rela Diliwat Lagi".

Gosip-gosip berkenaan Anwar Ibrahim berhubung dengan salahlaku moralnya sudah menjadi buah bibir dikalangan yang mengenalinya malah dalam arena politik, sehingga Sdr Mohamad Sabu menggelarkannya sebagai Sheikh Anwar Ibrahim Al-Juburi.

11 tahun sudah berlalu, terlalu sarat dengan peristiwa dan cerita-cerita politik. Imbauan 11 tahun dahulu membuat AYT tersenyum kerana isu liwat Anwar telah AYT dengar beberapa bulan sebelum beliau dipecat, dari jawatan TPM, bukan melalui saluran-saluran rasmi berita perdana tetapi melalui ceramah-ceramah politik Mohamad Sabu.

Lebih melucukan lagi Parti Mohamad Sabu sendiri sekarang sedang bersengkokol dengan parti Anwar Ibrahim. Sekarang ini orang yang disebut Sheikh Anwar Ibrahim Al-Juburi menjadi sahabat pula kepada parti Mohamad Sabu dan melantiknya pula sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Karpal Singh dan Mat Sabu, Naib Presiden Pas sekarang adalah merupakan orang pertama yang mendedahkan salahlaku seks Anwar Ibrahim pada 1998 semasa DAP mengadakan Konvensyen mereka di Kuala Lumpur.

Karpal Singh telah menegaskan di hadapan ahli-ahli DAP di konvesyen itu dan mendakwa bahawa dia mempunyai bukti bahawaAnwar pada masa itu melakukan salahlaku seks yang teruk.

Dia turut mencabar Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir mengambil tindakan ke atas Anwar kerana salahlaku seksnya dan membicarakan Anwar. Pendedahan salahlaku Anwar oleh Karpal Singh berlaku lima bulan sebelum salahlaku seks Anwar didedahkan kepada umum oleh Dr Mahathir.

Pelik tetapi benar, apabila dua orang pemimpin Pakatan Rakyat adalah orang pertama yang membuat tuduhan terhadap Anwar dan hari ini mereka amat menyanjungi Anwar.

Tentu sukar untuk mempercayai bahawa orang yang sama membuat dakwaan pertama tentang salahlaku Anwar ialah orang yang sama turut menjadi sebahagian daripada pasukan peguambela Anwar dalam kes salah laku sex.

Tetapi kenapa Karpal Singh yang pernah menuduh Anwar dengan tuduhan tersebut, bertindak menjadi peguambela bagi kes yang sama? Tidak lain dan tidak bukan adalah rancangan konspirasi Karpal Singh.

Lebih menghairankan lagi apabila Anwar sendiri rela diwakili oleh Karpal Singh yang pernah menuduhnya melakukan salahlaku seks. Sebabnya adalah Anwar tahu bahawa Karpal mengetahui kegiatan salah lakunya.Perkara ini sama lah dengan istilah apabila ingin menangkap pencuri,maka mencurilah bersama-sama dengan sipencuri itu.

Karpal telah menjadi ketua penguambela Anwar, ini bermakna, Karpal telah berjaya menjayakan rancangan kospirasinya mendapatkan seluruh maklumat mengenai salah laku sex Anwar. Manakan tidaknya Anwar terpaksa menceritakan seluruh kelakuannya daripada A hingga Z, agar Karpal mudah membina hujah-hujah yang bernas bagi tujunan pembelaan agar Anwar terlepas dan terbebas daripada kes Sodomy II.

Tindakkan Anwar menerima Karpal Singh sebagai Ketua Peguambela menjadikan Anwar sudah terpengkap. Selepas ini, Karpal lah yang akan mengatur seluruh tindak tanduk Anwar. Atas sebab apa? Anwar tidak akan sanggup seseorang yang membelanya membongkar rahsianya, apa tah lagi itu memudaratkan popularitinya di kalangan rakyat penyokongnya dan dunia Khasnya.

Bagi Karpal, jika Pakatan ditakdirkan menang pilihanraya, maka Anwar lah pilihannya menjadi Perdana Menteri. Alasanya, amat mudah, Anwar akan senantiasa seperti kerbau dicucuk hidung.

Amat malang bagi para pemimpin PKR dan Pas serta penyokongnya, apabila Anwar dibebaskan dalam Sodomy II dan akan menjadi PM, maka Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng lah yang berkuasa. Mereka ini akan terus memperkudakan Anwar sehingga ketitisan darah terakhir.

Atas sebab itu lah, bagi mereka yang terlintas dalam fikiran bahawa sodomy II merupakan konspirasi Najib, kerana menurut Anwar, sebelum Saiful membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, Saiful ada berjumpa Najib dan Rosmah Mansor perlu mengubah pendirian, bahawa tiada konspirasi sebenarnya hanya yang ada; adalah konspirasi menggali seluruh maklumat peribadi Anwar terutama tabiat sex luar tabiinya. Jangan terpengaruh bahawa Anwar beria-ia sangat mensepina Najib dan Rosmah memberi keterangan dalam mahkamah Sodomy II mengenai dakwaan konspirasi Sodomy II.

Bagi Karpal, sesuai dengan anggapanya sebelum ini, bahawa Anwar sebagai pengamal sex yang sangat teruk, dalam hatinya terus membara, bahawa memang Anwar ada melakukannya. Namun demi membebaskan Anwar agar matalamat konspirasinya tercapai, Karpal akan bermati-matian membela Anwar termasuk memaki Hakim dengan perkatan "bohong".

No comments:

Blog Archive