Wednesday, February 17, 2010

Siapa ?? Mohd Lokman Ghani: Mempertikai TPM TS Muhyiddin Yassin

Tengku Razaleigh bagaikan musang berbulu ayam. Sejak 1987, KULI ini tidak puas-puas memporak perandakan Umno. Kerana pertandingan melawan presiden lah UMNO diharamkan.

Kuli tidak puas-puas dengan kemahuannya menjadi Perdana Menteri, hampir sama dengan Anwar Ibrahim. Hanya jawatan PM lah hala tujunya.

KULI sedar sekarang, bahawa masa tidak menyebelahinya, kerana itu, walaupun dia berada dalam Umno tetapi bersifat sebagai pembangkang.

Rakyat masih ingat, bagaimana kerajaan Umno Kelantan tumbang pada tahun 1990. Kerana bantuan KULI lah melalui S-46, kerajaan Kelantan sekarang masih ditangan Pas.

Siapa Mohd Lokman Ghani??? mempertikai TS Muhyiddin. Pegawai Khas bagi Ahli Parlimen Gua Musang ini perlu bertanya pada dirinya? perlu bercermin sebelum mempertikai TPM itu.

AYT ingin bertanya pada Lokman, sementara semua pemimpin BN dan penyokong BN, mengatakan bahawa Kelantan tidak berhak atas royalti,kerana Kelantan tiada minyak. Minyak yang ada adalah hasil terokaan di perairan antarabangsa Malaysia dan usahasama pula dengan negara jiran.Namun, bos kamu itu memesongkan fakta, dengan berselindung kononnya bercakap benar.

DS Najib telah berbaik hati kerana memberikan wang ehsan, demi merancakkan pembangunan Kelantan, tetapi, para pemimpin Kelantan menghendaki lebih, ibarat kata pepatah, diberi betis hendakkan paha pula.

AYT ingin bertanya juga pada Lokman, sementara seluruh pemimpin BN berjuang, namun KULI yang difikirkan teman sejati, rupanya membawa keris panjang yang terhunus dibelakang barisan, yang siap sedia untuk menyerang. Apa kah nama itu? kawan kah? lawan?

KULI memang bersedia menghadapi lembaga displin parti, bagi KULI, sebelum menghadiri perjumpaan di stadium Kelantan memberi ucapan mendesak agar, royalti minyak di bayar kepada negeri Kelantan,telah memperkirakan, bahawa tindakannya itu mencabar kewibawaan para pemimpin Umno, terutama Najib. KULI mempergunakan nama Tun Razak, konon-kononnya mantan PM itu telah memberi wasiat kepadanya, bahawa hasil minyak hendak lah di bagikan kepada Kelantan, jika suatu hari kelak, Kelantan didapati ada minyak.

Namun,apa yang diperkatakan oleh KULI itu adalah pemesongan Fakta, kerana telah jelas diperkatakan bahawa Kelantan tidak menghasilkan minyak. Rais Yatim, Najib dan Muhyiddin sendiri, serta Mustapha Mohammad wakil rakyat Kelantan, telah beberapa kali mengatakan bahawa Kelantan tidak mengeluarkan minyak.

Jika benarlah kata-kata Lokman, bahawa pendirian KuLi adalah bertujuan untuk tidak mahu bersekongkol dan berbohong bersama-sama dengan kerajaan Persekutuan dalam menafikan hak kerajaan serta rakyat Kelantan dari menikmati royalti minyak, bukannya 'wang ehsan', seolah-olah Lokman mengatakan bahawa seluruh pemimpin kerajaan itu berbohong.

Dengan kenyataan ini, maka Lokman menganggap bahawa kerajaan pimpinan Najib berbohong,kerana itu kononnya KULI tidak mau ikut bersubahat.

Satu pertanyaan lagi kepada Lokman dan KULI? kenapa hanya akhir-akhir ini sahaja, isu royalti minyak dibangkitkan? Jika benar lah bahawa Kelantan itu ada minyak, AYT rasa, kerajaan persekutuan tidak akan membohongi rakyatnya dan dari dahulu lagi Kelantan telah menuntutnya.

No comments:

Blog Archive