Sunday, February 14, 2010

Musa Aman Pula Beri Komen Berhubung Kemelut Pakatan

Ketua Menteri Sabah,Datuk Musa Aman berkata bahawa pergolakan dalam pakatan pembangkang memang sudah dijangka disebabkan oleh perbezaan idealogi antara pemimpinnya.

Musa selanjutnya berkata Pakatan sangat berbeza dengan parti komponen yang duduk di bawah Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan konsep toleransi dan persefahaman yang kuat.

Musa semasa menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA menghimbau rakyat untuk membuat penilaian antara BN dengan pakatan pembangkang, yang mana satu mampu membela nasib mereka dan tidak hanya berpolitik sahaja.

Pergolakan terbaru dilihat berlaku dalam pakatan pembangkang di Pulau Pinang apabila Anggota Parlimen Bayan Baru dari Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengisytiharkan keluar dari parti itu dan menjadi Anggota Parlimen Bebas.

Zahrain tidak sebulu dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Musa yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata parti dalam komponen BN pada masa sekarang memberi tumpuan kepada rakyat yang menjadi keutamaan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kerjasama dan persefahaman yang dijalin antara parti dalam komponen BN menjadi faktor penting kepada mencapai matlamat kerajaan yang mahu pemimpin turun dan berjumpa dengan rakyat di akar umbi," katanya.

Menurut beliau, sebarang masalah dalam BN, ia diselesaikan secara rundingan dan duduk semeja untuk mencapai penyelesaian secara baik.

No comments:

Blog Archive