Wednesday, February 24, 2010

Anwar Menepis Sodomy II: Hanya Dengan Satu Perkataan "KONSPIRASI" Kenapa??

Anwar menganggap dirinya hanya dia merupakan pesiang perdana menteri. Siapapun perdana menteri, bagi Anwar dia lah pesiang atau lawan perdana menteri itu.

Atas sebab itu lah apabila Anwar dituduh melakukan salah laku sex luar tabii yakni sodomy, maka dengan pantas, Anwar mendakwa itu semua adalah konspirasi menghalangnya menjadi pesaing atau lawan kepada perdana menteri.

Anwar memberi tahu rangkaian antarabangsanya bahawa kerajaan Malaysia melakukan konspirasi jahat bagi menghalangnya menjatuhkan perdana menteri.

Anwar memberi pengertian kepada jariangan antarabangsanya dan juga para penyokongnya bahawa dia akan menjadi perdana menteri Malaysia, jika konspirasi tidak menghalangnya.

Anwar meyakinkan jariangan antarabangsanya serta simpatisannya, bahawa jika pilihanraya diadakan adalah pasti parti pimpinannya mampu menumbang kerajaan yang ada sekarang. Atas sebab itu lah, kerajaan yang ada sekarang yakni barisan nasional terpaksa melakukan konspirasi untuk mencalarkan imejnya termasuk menyumbatnya dalam penjara.

Ini lah taktik Anwar untuk mengabui jaringan antarabangsanya serta penyokongnya. Atas sebab itu lah ramai rakyat asing atau banyak negara asing yang beranggapan demikian. Disebabkan anggapan itu lah mereka mendesak agar kerajaan Malaysia menggugurkan tuduhan sodomy ke atas Anwar.

Perkataan "KONSPIRASI" adalah satu kata azimat bagi Anwar. Hanya dengan satu kata ini, maka isu sodomy II seolah-olah tenggalam di mata rakyat asing termasuk para penyokong Anwar dan kemungkinan juga mereka yang berada di atas pagar.

Ini lah tugas berat yang dipikul oleh bahagian pendakwaraya dan mereka yang terlibat dalam siasatan sodomy II. Anwar akan terus menyalakan bahawa sodomy II ini adalah Konspirasi Najib dan kerajaan BN, ini sahaja lah senjata Anwar.

Namun bagi rakyat yang mengikuti perjalanan sodomy II, mereka tidak ragu-ragu lagi bahawa sodomy II memang berlaku. Melalui keterangan mangsa serta hasil siasatan pihak polis, jabatan kimia, forensik serta doktor yang melakukan pemeriksaan terhadap mangsa, maka fakta kukuh memang sukar ditepis oleh Anwar.

Sodomy II ini memberi banyak keistimewaan kepada Anwar. Pertama Anwar masih bebas dengan hanya ikat jamin peribadi sebanyak RM20,000 walaupun seksyen dibawah 377B ini tidak boleh diikat jamin. Kedua, Anwar dapat mempergunakan mahkamah untuk menangguh-nangguhkan kes ini sehingga 25 kali sejak Anwar di tangkap pada 16 Julai 2008. Ketiga Anwar bebas memutar belit kan fakta melalui ceramah-ceramah politiknya. Kelima, Anwar mampu menyakinkan para ulamak seperti Nik Aziz dan Yusof Qadrawi bahawa sodomy II ini adalah tuduhan tidak berasas, keenam, kerajaan tidak pun menjalankan penerangan bahawa sodomy II ini adalah kes peribadi Anwar dan mangsa. Hanya para bloger simpatisan kerajaan seperti theunspinners, parpukari, GAP dan yang lain-lain mencuba memberi penerangan melalui alam siber, yakni melalui blog persendirian. Ini lah sebahagian keistimewaan Anwar, kerana itu lah Kata "KONSPIRASI" SEKERAP MUNGKIN AKAN DIGUNAKAN OLEH ANWAR DAN PARA PENYOKONGNYA TERMASUK PARA PEMIMPIN PAKATAN (tidak semua).

No comments:

Blog Archive