Thursday, January 14, 2010

6 Januari: Mantan MB Perak Kemalangan: Malang Tidak Berbau


Mantan menteri besar Perak Nizar Jamaluddin mengalamai kemalangan di jalan Ipoh Perak berdekatan dengan bangunan pejabat Umno semasa dalam perjalanan ke klinik gigi pada kira-kira 9.20 pagi 6 januari lalu.

Kereta yang dipandu sendiri Nizar terpaksa mengelak sebuah kereta yang keluar daripada Hotel Casuarina mengakibatkan MB Kerajaan Pakatan itu hilang kawalan dan terbabas pada pembagi jalan.

Jika melihat pada gambar kereta Nizar yang terbabas tersebut, nampaknya kemalangan itu sungguh teruk sekali, namun Nizar hanya mengalami cedera ringan.

Dalam kemalangan tersebut kereta Nizar terbalik, untuk keluar mantan MB itu terpaksa merangkak keluar melalui cermin pintu keretanya.

Kemalangan tidak berbau. Tidak ada sesiapa yang mengatahui nasib seseorang. Kerana itu apabila Nizar secara tiba-tiba menjadi menteri besar ekoran kemenangan gabungan parti PKR-DAP-PAS pada PRU-12 maka perlantikan  ke jawatan MB  adalah sesuatu peristiwa diluar jangaan Nizar sendiri.

Namun apabila Nizar kehilangan jawatan MB tersebut pada bulan Februari 2009, Nizar tidak dapat menerimanya. Nizar bersama-sama Ngeh, Ngo dan Sivakumar ke hulu ke hilir termasuk demonsatrasi jalanan mendesak agar Nizar dikembalikan ke jawatan MB.

Nizar menderhaka kepada Sultan Perak semata-mata kerana jawatan MB. Nizar dan kawan-kawan tega mengadakan sidang bawah pokok dan sidang hotel serta naik atas meja semasa persidangan DUN Perak anjuran Dr Zambry Abdul Kadir kerana tidak dapat menerima pelucutan jawatan MB.

Sebenarnya Nizar tidak dilucutkan jawatan, yang berlaku adalah Nizar tidak boleh lagi menjadi MB dalam sistem demokarsi atas sebab dia tidak mempunyai kerusi yang mencukupi untuk membolehkan dia meneruskan jawatan MB.

Dengan adanya kemalangan yang menimpa Nizar ini AYT berharap Nizar dapat mengambil iktibar daripadanya kerana semua ketentuan itu hanya berasal daripadaNya.

No comments:

Blog Archive