Thursday, December 10, 2009

Beri Sokongan Kerana Budaya: Pemimpin Tahu Permainan Akan Terus Menang!

Umno telah berubah! Cara pemilihan kepimpinan Umno telah diubah daripada 2,500 ahli kepada 146,500.Pertambahan jumlah pemilih yang ramai untuk memilih pemimpin dalam system yang sama dalam operandi yang sama.

Tujuan perubahan ini untuk mengekang poltik wang, kerana jumlah pemilih 2,500 diperkirakan boleh dijangkau dengan wang, manakala 146,500 diperkirakan sukar dijangkau kerana menurut hemat para pemimpin Umno, jika pun ada pemimpin yang cuba menjangaunya diperkirakan tidak berbaloi. Jika dahulu berpaksikan kepada 2,500 ahli pemilih, maka seseorang naib presiden memerlukan sekurang-kurangnya RM1,250,000 akan tetapi untuk 146,500 ahli pemilih diperlukan sekurang-kurangnya RM73,250,000.

Namun diperingkat bahagian,tidak banyak perubahan atas sebab apa? Jumlah perwakilan tidak banyak berubah, kerana jumlah perwakilan hampir sama, atas sebab, perwakilan ditentukan oleh jumlah ahli setiap cawangan.

Dalam merebut kepimpinan peringkat bahagian boleh dikatakan tidak banyak berubah, kerana yang memilih adalah orang-orang yang sama, pada jumlah yang sama.

Sebagai contoh Umno Bahagian Kota Belud. Jumlah perwakilan adalah 680 ahli. Jumalah ini akan akan tetap sama, jka proses penambahan ahli atau pembukaan cawangan baru tidak terjadi. Bagi merebut ketua bahagian misalnya, sekurangnya seseorang calon ketua bahagian memerlukan RM340,000 satu jumlah yang biasa, ertinya merebut ketua bahagian pada kebiasaannya seseorang calon ketua bahagian memerlukan wang untuk perbelanjaan sekurang-kurangnya RM 1 juta hingga 2 juta.

Jumlah ini diperkirakan akan terus bertahan pada pemilihan akan datang, dimana diperkirakan pada oktober 2011. Penghapusan politik wang dalam Umno sukar dilenyapkan,kerana system itu telah membudaya telah berakar umbi dan telah menjadi keharusan.

Baru-baru ini semasa upacara penyerahan tukun tiruan oleh pembantu menteri pertanian dan asas tani Sabah, Datuk Musbah Jamli misalnya, orang awam yang dijemput menghadiri upacara tersebut, selain makan minum disediakan, malah ramai yang datang merengek kepada pengajur untuk meminta habuan tambang dan wang hadir. Bagi rakyat, perbuatan ini bukan lagi perbuatan luarbiasa, akan tetapi merupakan budaya.Bagi mereka apapun yang melibatkan kerajaan, maka keikutsertaan mereka merupakan tambahan pendapatan.

Berbalik kepada pemilihan parti, bermula dari sekarang telah kedengaran, perorangan yang bercita-cita merebut kedudukan dalam parti selain mula berjinak-jinak dengan para ahli cawangan dalam acara kunjungan sosial atau turun padang,akan tetapi mula mengumpul wang untuk digunakan sebagai belanja semasa pemilihan bahagian pada tahun 2011.

Bagi ahli-ahli Umno yang bercita-cita menjadi pemimpin, mereka telah faham, bahawa tanpa wang, tidak mungkin mereka terpilih.Manakala bagi pemilih pula, masa memilih pemimpin itulah masa mereka dapat menikmati kekayaan yang diperolehi calon-calon pemimpin melalui hasil penjualan projek-projek yang mereka perolehi melalui laluan kabel yang mana kesemuanya itu tanpa susah payah atau memeras keringat.

No comments:

Blog Archive