Wednesday, November 04, 2009

Nizar News: Hanya 2-3 Kerat Pemimpin Pas Tolak UG

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataannya berkata,"Najib masih mengigau untuk berbaik dengan Pas, walaupun Presiden Pas sudah tutup buku untuk berunding mengenai Kerajaan Perpaduan dengan Umno dan BN.

"Kelakuan Datuk Seri Najib tidak ubah seperti orang gila talak, walaupun jandanya tidak mahu berbaik dengan bekas suaminya,"jelasnya. Ustaz Idris menambah, PAS akan terus memacu ke depan bersama dengan Pakatan Rakyat.

"PAS ingin menasihatkan Datuk Seri Najib selesailah masalah rasuah dan moral dalam umno dahulu dan parti komponen bn yang semakin kelam kabut,"katanya. Tambahnya, ia adalah strategi pemimpin umno hendak memecah belahkan perpaduan di kalangan Pakatan Rakyat.

"Pemimpin umno tidak perlu menangguk di air keruh, kerana pemimpin PAS matang dalam perhitungan politik. PAS adalah parti yang matang kerana dasarnya dan prinsip yang dipegang tidak pernah goyang kerana perhitungan politik PAS berakar kepada dosa dan pahala, syurga dan neraka.

"PAS ingin menasihatkan Presiden umno, tumpukanlah projek 1Malaysia yang menjadi slogan dan retorik Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kita tida mahu lagi peristiwa runtuhnya jabatan 1Malaysia berulang lagi sehingga mengorbankan 3 kanak-kanak sekolah di Tapah Perak ketika mengadakan perkhemahan 1Malaysia. "Jika keadaan ini berterusan satu hari nanti mungkin negara Malaysia digelar sabagai 'Darul Runtuh',tegasnya

Ulasan

Ustaz Idris mahir dan tahu apa yang berlaku, kerana itu sanggup berkata seperti diatas. Ustaz Idris tidak percaya Qada dan qadar,kerana itu berkata seperti ini.

Di Arab Saudi apabila terowong jamaratul akbah runtuh, sayang para pemimpin negara itu tidak mempuyai pemimpin seperti ustaz Idris.Kalau ada pasti terowong tersebut tidak akan mengorbankan jemaah, kerana Ustaz ini tahu sebelumnya apa yang berlaku.

Seharusnya Ustaz Idris beritahu TGNik Aziz supaya jangan bertanding di Bagan Pinang, kerana Kalah. Adalah dirasakan pada Pru-13 akan datang Ustaz Idris ini akan jadi pemilih siapa yang bertanding, kerana tahu KALAH ATAU MENANG.

No comments:

Blog Archive