Friday, October 02, 2009

Inkues Kematian Teoh Beng Hock: DNA bukan Pembunuh sebenar

DNA yang dijumpai pada Jaket sebelah luar mendiang Teoh Neng Hock adalah milik lelaki India bernama Gopala yang mati akibat kemalangan Jalan raya.

M. Gopala dibedah siasat sebelumnya di meja bedah di mana Teoh Juga dibedah siasat. Semburan kimia yang tidak merata menyebabkan kesan DNA Gopala tidak terpadam secara keseluruhan.

Namun DNA yang dikesan melalui talipinggang Teoh Beng Hock hingga kini masih misteri, kerana belum dijumpai DNA sesiapa yang sepadan dengan DNA misteri tersebut.

Dr Seah Lay Hong pakar DNA memberi tahu inkues hari ini, bahawa DNA yang dijumpai bukan pembunuh Teoh Beng Hock kerana tiada kaitan langsung dengan kes ini.



No comments:

Blog Archive