Friday, September 18, 2009

Teoh Beng Hock Memang Resah: Pergaduhan Juga Terjadi

Prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock di sini hari ini diberitahu mendiang kelihatan agak resah ketika pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula merakam percakapannya sebagai saksi siasatan dakwaan salahguna wang peruntukan kerajaan negeri Selangor pada 16 Julai lepas.

Penolong Kanan Penguasa SPRM Selangor, Mohd. Nadzri Ibrahim bagaimanapun berkata, Teoh mula kelihatan tenang pada pertengahan rakaman percakapan dilakukan sehingga proses yang mengambil masa dua jam itu berakhir kira-kira pukul 3.30 pagi.

Mohd Nadzri yang bertanggungjawab merakam percakapan Teoh berkata, sepanjang proses itu tangan mendiang tidak digari dan beliau juga tidak nampak sebarang kecederaan dialami oleh TBH.

Seorang saksi memberitahu Mahkamah Koroner beliau mendengar suara tinggi seorang lelaki memarahi Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock dalam bahasa Mandarin, 'Ni Lor'. Menurut pegawai Sruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Bulkini Paharuddin suara tersebut didengar olehnya sebaik sahaja Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah masuk ke tandas ibu pejabat badan tersebut pada malam 15 Julai lalu.

Saksi ke-21 inkues siasatan kematian Beng Hock itu berkata, beliau tidak mengenali identiti mendiang dan hanya mengecamnya menerusi seluar berwarna putih.

Bulkini yang mendapat pendidikan awal di sekolah cina sehingga darjah enam ketika ditanya apakah maksud `Ni Lor' pada pemahamannya, berkata: ``Awak punya hal lah ni.'' Beliau menyatakan lelaki yang dipanggilnya sebagai Tan itu pada mulanya bertanya di manakah tandas. Katanya beliau telah berjalan bersama Tan menuju ke tandas kerana, lelaki itu tidak faham penerangannya tentang arah ke tandas.

``Sebaik sahaja Tan kemudian masuk ke bilik air tiba-tiba seorang lelaki yang berseluar putih dan berbaju hitam (Beng Hock) turut masuk. Dia datang dari arah depan saya. Masa itu saya tidak kenal lelaki itu. ``Sejurus lelaki itu masuk, saya terdengar suara tinggi memarahi seseorang. Masa itu, saya dekat pintu tandas. Suara lelaki itu kedengaran memarahi lelaki seorang lagi yang saya rasa suara Tan,'' kata Bulkini. Sejurus Bulkini memberikan keterangan, Azmil memanggil seorang lagi saksi SPRM, Raymond Nior John Timban memberikan keterangan.

Inkues akan bersambung semula pada 29 September ini.

No comments:

Blog Archive