Wednesday, September 09, 2009

Inkues Kematian Teoh Beng Hock: Kekerasan digunakan semasa menyiasat:saksi misteri

Saksi misteri T. Sivanesan Tanggavelu memberitahu inkues, bahawa salah seorang pegawai sprm yang menggunakan batang besi dibalut dengan kertas untuk memukul mangsa adalah Mohd Asraff Yunus, saksi ke-19 inkues kematian TBH.

Saksi misteri tersebut juga berkata, bahawa Mohd Asharff Yunus terlalu ganas dan brutal. Pegawai sprm ini memaksanya telanjang dan menendang dan menamparnya bertalu-talu.

Keterangan para saksi terutama dari pegawai-pegawai sprm terlalu perpusat kepada keadaan TBH yang sangat gelisah dan tertekan, sehinggakan Ketua Pesuruhjaya Sprm Ahmad Said Hamdan mengatakan bahawa TBH bunuh diri kerana terlalu tertekan.

Keterangan para pegawai sprm dan kebetulan merupakan saksi-saksi mengarah kepada satu titik yakni punca kematian TBH adalah bunuh diri kerana tertekan.Tertekannya TBH adalah berpunca dari cara-cara sprm melakukan siasatan.

Kesan lebam dimuka TBH sepertimana laporan pathologi kemungkinan besar adalah kesan tamparan.Perlu di ingat, bahawa orang terakhir bersama TBH adalah Mohd Asraff Yunus, walaupun alibinya beliau ada memberi se gelas pada jam 4.45 pagi 16 Julai. Setelah itu tiada lagi pegawai yang bersama dengan TBH.

Ada kemungkinkah Mohd Asraff adalah punca TBH terjun bunuh diri???

No comments:

Blog Archive