Wednesday, September 30, 2009

Inkues Kematian Teoh Beng Hock: Teoh Sawan: Penyebab Beng Hock Mati

1 Oktober inkues kematian TBH akan di sambung. Pada hari berkenaan abang Teoh, Beng Hee serta kawan rapatnya Woo Chuan Sing akan memberi keterangan.

Melalui keterangan keluarga terdekat Beng Hock akan diketahui apakah Beng Hock ada penyakit Sawan. Sekiranya Beng Hock ada penyakit sawan, ada kemungkinan penyakit ini timbul, kerana Beng Hock telah digambarkan dalam keadaan depressed dan tertekan sejak 15 Julai, semasa sprm menjemputnya ke pejabat sprm di Tingkat 14 Plaza Masalam Shah Alam.

Beberapa saksi sprm menggambarkan bahawa Beng Hock terasa sangat gelisah dan tertekan, terutama apabila sprm melayari laptop dan CPUnya.

Sepanjang sesi soal jawab dan proses merakam percakapannya, Beng Hock merasa tertekan, walaupun pada penghujung perakaman, Beng Hock kelihatan diam.

Sawan adalah sejinis penyakit yang akan muncul dan timbul semasa sesoarang itu dalam keadaan sedih dan tertekan.

Ada kemungkinan semasa Beng Hock diajak oleh seseorang atau dua orang menangambil angin di tingkap yang terbuka, dan apabila Beng Hock mendongak ke bawah, maka penyakit sawan menyerangnya. Serangan penyakit sawan ini mengakibatkan Beng tergelincir dan jatuh. Walaupun 2 DNA (2 orang lelaki) cuba menyelamatnya, Beng tidak dapat diselamatkan.

Persoalannya sekarang, siapa 2 orang lelaki tersebut, kenapa tidak tampil untuk merungkai kematian Beng Hock ini.


No comments:

Blog Archive