Wednesday, September 30, 2009

Anwar: Pecat Hassan Ali: Liabilti Pakatan

Pesurujaya Pas Selangor memang lantang. Hassan Ali yang memberi kata dua kepada MB Selangor Khalid Ibrahim agar pecat Ronnie Liu.

Masa itu Hassan Ali pada mula tak mahu bergajak daripada desakannya agar Ronnie Liu dipecat daripada exco kerajaan Selangor, kerana soal BEER.

Hassan Ali memang suka buat Kecoh. Dalam beberapa pilihanraya Kecil, Hassan Ali selalu mengeluarkan isu sensasi.

Semasa PRK Manek Urai misalnya, dia kecoh pasal perpaduan, kat Permatang Pasir dia kecoh pasal arak, sekarang ni kat Bagan Pinang dia buat kecoh lagi isu Selcat pulak.

Hassan Ali ni sebenarnya apa yang dia nak sangat..., masih tak puas lagi ke kena belasah dengan Sultan Selangor. Dah kemaruk giler nak jadi Menteri Besar Selangor ke...?

Malangnya Presiden Pas Hadi Awang dan Nik Aziz hanya berdiam diri soal tindak tanduk Hassan Ali ini. Namaknya mereka setuju agar Hassan Ali keluarkan isu yang boleh menarik perhatian rakyat, khasnya PRK.

Pas ingin menonjolkan dirinya sebagai parti dominan dalam Pakatan, yang sekarang ini dimiliki PKR. Pas tidak mahu PKR yang mengatur Pakatan. Sudah lah di Perak DAP yang mengatur PAS dan PKR. Di Selangor pula PKR yang menagtur PAS. Di Pulau Pinang PAS tidak diberi peranan, entah jadikah Salleh Man jadi Ketua MAIP?

Melalui Hassan Ali Pas mengeluarkan isu yang menemplak kerajaan Pakatan. Hassan Ali bagi Pakatan seperti duri dalam daging, kerana itu Anwar Tak suka kehadirannya dalam exco Selangor.

Berjayakah Hassan Ali menjatuhkan Khalid Ibrahim, walaupun khabarnya TuanKu Sultan telah menegur Hassan Ali kerana keceluparannya merampas hak dan kuasa Sultan dalam soal-soal agama di Selangor.

Namun tindakan Hassan Ali mendapat sokongan orang ramai termasuk Umno sendiri.

No comments:

Blog Archive