Inkues hari ini diberi tahu bahawa tiada seseorang pun yang masih berada dalam pejabat sprm pada pagi 16 julai selain Tan Boon Hwa da IO kes ini Mohd Anuar Ismail.
Orang terakhir yang nampak Teoh Beng Hock masih Hidup pada pukul 6 pagi 16 julai adalah Raymond Nion pegawai sprm.
Sebab musabab kenapa siasatan perlu dijalankan kepada Tan Boon Hwa adalah kerana kerteangan ASP Bulkani Paharudin, di mana pegawai ini berkata, bahawa pada 10 malam 15 julai, apabila Tan Boon Hwa diminta menunggu diruang menunggu pejabat sprm, kemudian Tan didapati berada dalam ruangan pantry (ada kemungkinan besar Tan Boon Hwa mencari sesuatu)
Suatu persoalan juga perlu disiasat adalah, Tan Boon Hwa telah selesai merakamkan percakapannya pada 1:30 pagi 16 julai, dibenarkan pulang, namun enggan, dan meminta berehat di pejabat sprm untuk sessi kedua rakaman percakapan yang akan berlangsung pada 11 pagi 16 julai.
Adalah dipercayaai bahawa Tan Boon Hwa tahu bahawa TBH masih lagi dalam rakaman percakapan dengan Mohd Nadzri, kerana berasaskan pertembungan antara TBH tan Tan Boon Hwa ditandas sprm antara 2-2:30 Pagi 16 julai.
Dalam pertembungan tersebut dikatakan oleh ASP Bulkani bahawa ada "pergaduhan" berasaskan kepada nada suara yang tinggi.
Sementara itu pula, Mohd Anuar Ismail sebagai IO kes salah gunaperuntukan DUN Sri kembangan, mengaku tidur di dua tempat sehingga 8.30 pagi 16 julai.
Mohd Anuar juga dikatakan tidak segera bertindak semasa mengetahui TBH mati di luar T-5 Plaza Masalam pada kira-kira 1.30 petang 16 Julai.
No comments:
Post a Comment