Sunday, September 27, 2009

Inkues Kematian Teoh beng hock: 2 DNA Misteri Masih juga Misteri

DNA siapa kah itu? Ternyata bukan DNA Tan Boon Hwa dan Lee Wye Wing dimana sebelumnya digembar gemburkan ada orang-orang yang terlibat dengan pembunuhan TBH. DNA tersebut juga ternyata bukan milik Timbalan Pengarah Sprm Selangor sepertimana disebutkan dalam surat misteri.

2 DNA misteri tersebut bukan juga milik pegawai penyiasat kes penyalahgunaan wang ADUN Sri Kembangan Mohd Anuar Ismail maupun Mohd Ashraf Yunus saksi ke-19.

Dari 157 sampel DNA yang diswab oleh jabatan kimia yang merangkumi 81 pegawai sprm, polis, pegawai keselamatan, pencuci bangunan dan sudah tentunya Tan Boon Hwa dan Lee Wye Wing serta Timbalan Pengarah Sprm Selangor, tiada satu pun yang sepadan dengan 2 DNA yang dijumpai pada jaket dan tali pinggang TBH.

Ada kemungkinan kah pihak jabatan kimia melakukan kesilapan semasa analisis? Kalau analisis kimia tepat, bagaimana kah 2 DNA misteri tersebut boleh wujud?

Pihak polis tidak merasa curiga kah bagaimana 2 DNA misteri tersebut boleh wujud? Apa kah akan jadi jika 2 DNA misteri itu tidak terungkai, apa kah ianya menjadi KAMBING HITAM dalam kes kematian mendiang TBH?

Berani kah Koronor Azmil Mutaphana Abas membuat keputusan bahawa punca kematian TBH disebabkan oleh 2 DNA misteri tersebut?

Mampu kah inukes ini merungkai 2 DNA misteri ini, melalui soalan-soalan dan teori peguam pemerhati keluarga TBH Gobind Singh Deo? sama-sama kita tunggu perjalanan inkues ini yang akan disambung pada 29 September 2009 nanti.

No comments:

Blog Archive