Monday, September 28, 2009

Di Sebalik Kekalahan BN dalam tujuh PRK: Najib gelisah

Jika calon UBN ditolak lagi dalam pilihanraya kecil N31, DS Najib Tun Razak bimbang ianya sekaligus mengukuhkan lagi kepercayaan rakyat bahawa Pakatan Rakyat bersedia memerintah Malaysia selepas pilihanraya umum ke-13 (PRU13) kelak.

“Di (pilihanraya kecil) Permatang Pasir, Najib (dan) Umno telah lihat calonnya ditolak rakyat kerana mempunyai terlalu banyak masalah peribadi dan kerjaya. Sebab itu, mereka bimbang takut ianya sekali lagi akan berlaku di Bagan Pinang,”

“Yang menghairankan, Umno Telok Kemang TERUS memberi sokongan pada bekas Menteri Besar (Tan Sri Isa Samad), walaupun mendapat tetantangan dari Tun Mahathir.

Kekeliruan Tun itu sebenarnya berpunca oleh kekelahan berterusan Umno di pilihanraya kecil Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau, Bukit Gantang, Penanti, Manek Urai dan Permatang Pasir; bukannya disebabkan masalah peribadi calon mereka semata-mata.

Tambahnya lagi, masalah pencalonan tidak menjadi pertikaian pemimpin Pakatan peringkat negeri dan nasional, kerana Pakatan mengamalkan muafakat dan semangat setia kawan.

Ketua Penerangan PAS Idris Hj. Ahmad menjelaskan pilihanraya N31 mampu mempercepat Pakatan mengambil alih Persekutuan; jika Umno terus ditolak rakyat.

“Jika menang: PAS, kerajaan Negeri (Sembilan) tidak jatuh pada Pakatan Rakyat. Jika menang Umno pun, Pakatan tidak boleh mengambil alih Persekutuan. Tetapi Umno bimbang rakyat terus disedarkan tentang perubahan.

Ogos tahun lalu, Datuk Ariff Shah Omar Shah (Umno) dikalahkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya Parlimen Permatang Pauh. Februari lalu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (Umno) dikalahkan oleh Mohd Abdul Wahid Endut (PAS) dalam pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu. April lalu, Ismail Safian (Umno) dikalahkan oleh Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS) dalam pilihanraya Parlimen Bukit Gantang. Serentak dengan pilihanraya Bukit Gantang, Datuk S. Ganesan (MiC/BN) dikalahkan oleh S. Manikumar (PKR) dalam pilihanraya Dun Bukit Selambau. Jun lalu, Aminah Abdullah (bebas) yang dikatakan khalayak sebagai calon proksi Umno; turut dikalahkan oleh Dr. Mansor Othman (PKR) dalam pilihanraya Dun Penanti. Julai lalu, Tuan Aziz Tuan Mat (Umno) dikalahkan oleh Mohd Fauzi Abdullah (PAS) dalam pilihanraya Dun Manek Urai. Ogos lalu, Rohaizat Othman (Umno) dikalahkan oleh Mohd Salleh Man (PAS) dalam pilihanraya Dun Permatang Pasir.

Pilihanraya kecil Bagan Pinang ini dikatakan khalayak bakal menjadi aras tanda utama, sama ada Sunami Politik 8 Mac masih berterusan sehingga sekarang, atau rakyat sebenarnya tetap menolak sesiapa saja calon yang diperjudikan Umno BN

No comments:

Blog Archive