Sunday, September 20, 2009

Altantuya, Teoh Beng Hock dan 16 September

Apabila tulang belulalang Altantuya di jumpai di Bukit Cerakah Shah Alam, mati akibat bom, maka tudingan jari mengarah kepada orang kenamaan tertentu masa itu. Malah hingga kini tuduhan itu masih segar.

Ds Najib sangat dikaitkan dengan kematian Altantuya janda beranak satu waraganegara Mongolia, namun hingga kini belum ada bukti-bukti kukuh yang melibat PM Ke-6 Malaysia tersebut. Kita juga telah maklum bahawa pembunuh Altantuya telah pun dijatuhi hukuman mati.

Kematian Teoh Beng Hock pula ada kaitan dengan kerajaan Pakatan Selangor. Jika pada suatu ketika apabila DS Najib menjadi pengerusi BN Negeri Perak, maka gerak gempur yang dilaksanakan adalah mencari ADUN yang kurap, dakwa mereka.

Taktik demikian digunakan juga di Selangor, kali ini melibatkan kematian, kerana Setiausaha Politik kepada YB Seri Kembangan Ean Yong Hin Wah, Teoh Beng Hock didapati mati setelah dirakam keterangannya mengenai Tuntutan Palsu yang melibatkan YB Sri Kembangan tersebut.

Kematian TBH ini memaksa kerajaan menubuhkan inkues dan suruhanjaya diraja bagi meneliti cara-cara sprm membuat penyiasatan.

Ke dua-dua kes ini sungguh mendapat perhatian umum, terutama para meninat cyber dan blog.

Namun 16 September, ada yang mengingatinya kerana pengumunan Anwar, bahawa kerajaan Pakatan akan ditubuhkan pada tarikh ini tahun 2008, namun 16 September 2008, bagi Anwar hanya kenangan.

16 September sebenarnya mempunyai erti sejarah yang sangat penting bagi Malaysia, tanpa tarikh tersebut, maka negara yang disebut Negara Malaysia, tidak akan wujud.

Namun oleh kerana kepentingan politik dan sejarah serta angka, maka telah dinobatkan dan disebatikan, bahawa negara Malaysia itu wujud pada tarikh 31 Ogos, bersempena dengan kemerdekaan Malaya daripada British, yakni 31 Ogos 1957.

No comments:

Blog Archive