Sunday, August 23, 2009

Siasatan Surat Misteri Kematian Teoh Beng Hock: Apa perkembangannya?

Telah 4 hari berlalu, sejak munculnya surat misteri bertarikh 5 Ogos, yang melibatkan mantan Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo bersama timbalan pengarah SPRM Selangor terhadap perjalanan inkues kematian mendiang TBH.
.
Hari inkues ke-11, Koronor telah mengarahkan agar pihak polis menjalankan siastan terhadap kebenaran isi kandungan surat misteri tersebut.
.
Sebelumpun pihak polis menjalankan siastan terhadap dr Khir Toyo, Mantan MB Selangor itu telah pun menafikannya melalui blognya, bahawa kandungan surat misteri tersebut adalah tomahan dan palsu.
.
Walaupun dr Khir telah menafikan, dan pada masa ini dr Khir berada di Makkah, kerana umrah, apakah arahan koronor Azmil Mutphana Abas agar siasatan terhadap surat tersebut kepada pihak polis, belum dapat dijalankan. Jika siasatan ini belum complete, apakah surat misteri boleh digunapakai sebagai bahan pada inkues TBH yang akan di Sambung esok? Kalau surat ini tidak dapat digunakan, apa kah berbaloi untuk menyiasatnya, kerana menyiasat kandungan surat ini tentunya memerlukan masa.

No comments:

Blog Archive