Setelah ada inkueis kematian mendiang TBH macam-macam bentuk spekulasi dan teori yang dikemukakan oleh berbagai pihak. Ada yang mengatakan bahwa Tan Boon Hwa dan Lee Wye Wing berada dalam pejabat SPRM sehingga 11 Pagi ketika mana mayat TBH dijumpai di T-5 Plaza Masalam pada 16 Julai yang lalu. Sangkaan awal bahawa dua orang ini kemungkinan terlibat dengan konsipirasi pembunuhan tersebut diperkuat kerana keenganan mereka pada awalnya memberi contoh DNA. Akan tetapi apabila DNA mereka diperolehi, padanan DNA yang terdapat pada jaket dan tali pinggang TBH ternyata tidak sepadan dengan Boon Hwa dan Wye Wing.
.
.
Demikian juga DNA daripada 157 sampel termasuk 81 sampel dari pegawai-pegawai SPRM sendiri, tiada yang sepadan dengan DNA yang dicari.
.Semalam,apabila lawatan lokasi di mana TBH dijumpai mati, terdapat bukti baru yang terlepas pandang oleh pihak polis, yakni kesan darah sepanjang 2 kaki di tangga T-14 menuju T-15 Plaza Masalam. Telah menjadi tanda tanya besar, kenapa kesan darah ini terlepas padang? Berpaksi kepada loop hole ini, maka Gobind Singh Deo anak kepada King Singh membuat berbagai spekualsi dan andaian, bahawa proses ini adalah tindakan cover up polis, untuk menutup keterkaitan SPRM dalam kes kematian TBH.
.Keluarga mendiang TBH dikabarkan meminta bantuan pakar luar dipercayai dari Thailand, untuk mencari tahu sebab-sebab kematian TBH. Ekoran bantuan ini, sudah tentu akan timbul berbagai spekulasi dan teori baru penyebab kematian mendiang TBH.
.Sama-sama kita tunggu teori-teori baru tersebut.
No comments:
Post a Comment