Inkues kematian TBH diteruskan hari ini. Dr Khairul Azman Ibrahim pakar pathologi hospital Tunku Ampuan, Klang belum menyambung keterangannya. Inkues hari ini dismbung dengan keterangan daripada Insp Mazli, salah seorang pegawai penyiasat kes tersebut.
. Dalam keterangannya Insp Mazli memberitahu inkues, bahawa beliau mengambil 2 swab di sofa yang dipercayaai TBH berbaring. Insp Mazli juga berkata, bahawa tidak terdapat kesan tapak kasut di lantai T-14, kerana lantai tersebut berdebu dan berhabuk. Jika ada orang yang berjalan di situ, adalah pasti kesan tapak kasut akan berbekas.
.Insp Mazli juga membertahu inkeus, bahwa melihat kasut yang dipakai setelah ditemukan mati, ada tanda-tanda TBH telah diheret. Sementara itu, pakar forensik telah menemukan bahawa kekunci pada tingkat di mana TBH dipercayai dicampak dirosakkan di sebelah dalam, namun faktor kerosakan tersebut belum diketahui penyebabnya.
.Inkues akan di teruskan pada pukul 8.30 pagi esok.
No comments:
Post a Comment