Tuesday, September 01, 2009

Inkues kematian Teoh Beng Hock:Keterangan SPRM Banyak Fakta bercanggah!!

Semalam melalui TV3, pihak sprm Selangor menafikan terlibat dengan perbuatan kekerasan sepertimana diberitahu melalui inkues kematian TBH pada hari ke-16. Pada inkues ke-16 tersebut Gobind Singh Deo memberitahu inkues, bahawa pihaknya mempunyai bukti dan saksi yang akan secara sukarela akan tampil mengesahkan tindakan sprm Selangor.

Saksi ke-17 Mohd Anuar Ismail yang juga pegawai penyiasat kematian Beng Hock memberitahu inkues, bahawa Bulakani Paharuddin ada mendengar Tan Boon Wah bertengkar dengan Beng Hock di tandas pada pukul 2 pagi 16 Julai. Manakala saksi ke-18 Mohd Najieb Walad, tidak mendengar ada pergaduhan, kerana waktu itu keadaan cukup tenang. Jika ada pergaduhan, confirm Najieb berlari untuk cek.

Hari ke-16 inkues kematian TBH, saksi ke-19 mengatakan bahawa antara pukul 4.45 -5.06 pagi 16 julai TBH tidak ditemani oleh sesiapa, kerana Mohd Asraf kebetulan memberi 1 glass air kepada TBH. Mohd Asraf keluar pejabat sprm 5.12 pagi 16 julai.

Selama disiasat, TBH sangat berkerjasama, walaupun ada beberapa soalan TBH tidak boleh menjawab. Sisastan yang dikendalikan oleh kawan mohd asraf, Arman alies bermula pada pukul 10.40 15 Julai dan berakhir 12.40 pagi 16 julai.

No comments:

Blog Archive