Semalam selepas sahaja Dato Sharir merasmikan mesyuarat perwakilan Bahagian Umno Johor Bahru, semua perwakilan yang mengwakili 84 cawangan secara sebulat suara melaungkan ayat Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa.
Se masa di temui, Dato Sharir kata ahli umno JB meluahkan apa yang dirasakan dan selama ini terbuku di hati seluruh ahli umno JB. Mereka melaungkan ayat pengkhianat tersebut agar supaya Anwar menyaman mereka sepertimana Anwar lakukan terhadap TS Muhyiddin semasa mengatakan bahawa Anwar adalah pengkhianat bangsa semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Srigading.
.
.
Nampaknya sekarang, ahli umno telah berkencenderungan untuk mengatakan bahawa Anwar adalah pengkhianat bangsa.
.
.
Kalau dilihat perjuangan awal Anwar, memang dari mula lagi Anwar telah mempergunakan melayu sebagai batu loncatan, bermula dari ABIM dan kemudian Umno. Akan tetapi, apabila Umno memecatnya kerana salah laku, maka Anwar berusaha menghancurkan dan menjahanamkan Umno melalui berbagai usaha termasuk menubuhkan parti saingan, yakni PKR.
Melalui PKR, Anwar lebih ketara memperjuangkan kaum lain dibanding kaum melayu, jadi, jika bukan pengkhianat apakah istilah yang boleh digunapakai??
No comments:
Post a Comment