Bukti di tempat kejadian adalah pemegang kunci tingkat di T-14 patah. Ada kemungkinankah seluar TBH menyangkut pada pemegang kunci tersebut? Mungkin ada, kerana beban berat tubuh TBH tidak dapat ditanggung oleh seluarnya dan pemegang kunci itu, kerana itu seluarnya koyak dan pemegang kunci tersebut patah.
Jika benar keterangan pihak polis, bahawa tiada kesan tapak kasut pada tingkap tersebut, maka ada kemungkinan TBH tidak terjun bunuh diri, tetapi dicampak keluar. Teori diperkuat dengan kesan koyakan pada seluar TBH dan patahnya pemegang kunci tingkap.
Teori bahawa TBH dicampak keluar adalah pada kesan kasutnya, TBH diseret ke tingkap T-14 tersebut sebelum dicampak. Semasa dicampak itulah seluarnya tersangkut pada pemegang kunci.
Teori yang menunjukkan bahawa TBH diseret adalah kesan DNA pada jaket dan tali pinggang mendiang. Si pembunuh ada 2 orang, seorang mengangkat TBH di bahagian jaket dan seorang lagi di bahagian tali pinggang.
Satu kemuskilan yang perlu dijawab dalam kematian TBH ini adalah, postmortem mengatakan bahawa TBH mati kurang dari 36 jam, kenapa bukan 12 jam, kerana ada pegawai SPRM yang ternampak TBH masih hidup pada pukul 6.00 16 Julai lalu, sedangkan mayatnya dijumpai beberapa jam kemudian di tingkat 5 Plaza Masalam, kerana postmortem yang dilakukan oleh Dr Khairul Azman Ibrahim tepat jam 12 tengah hari 17 julai.
Dalam keterangan sebelumnya bahawa TBH selesai disoal siasat oleh SPRM tepat jam 3.45 pagi 16 Julai, ini bermakna , kalau pun TBH mati dalam masa itu, keadaan mayat masih dalam lingkungan 24 jam.
Tidak mungkin TBH mati sebelum itu, kerana rakaman CCTV TBH masuk Plaza Masalam melalui tingkat 4 dirakam pada 18:08:55 pada 15 Julai.
kematian TBH ini merupakan satu misteri yang perlu dirungkai.
No comments:
Post a Comment