Sejak ditemukannya serangan H1N1 di Meksiko 3 bulan lepas dan kemudiannya merebak di senetrio dunia termasuk negara kita dan mengakibatkan kematian 4 orang setakat ini, pakar-pakar kesihatan mengatakan bahawa serangan virus ini sangat mencemaskan.
Akibat merebaknya virus ini telah banyak sekolah-sekolah dan juga insitusi pendidikan tinggi diarah tutup demi mengekang merebaknya virus ini.
Setakat ini hampir 1000 orang dikatakan menghidap virus ini, namun disebabkan tindakan pantas kementerian kesihatan, hampir kesemuanya sembuh kecuali 3 orang dan se orang dari Melaka yang tidak sempat dirawat.
Jika angka statistik yang digunapakai, kematian disebabkan oleh virus H1N1 ini terlalu kecil dibanding kematian disebabkan oleh kemalangan jalan raya. Pun demikian, jarang yang mengatakan bahawa kematian disebabkan kemalangan jalan raya semakin bahaya. Barang kali sebabnya adalah, kita telah terbiasa mendengarnya. Atau sebahagian dari kita telah lali dengan kematian disebabkan kemalangan.
Kalau dikira nyawa dan harta benda yang hilang, kematian disebabkan kemalangan jauh lebih signifikan dibanding disebabkan oleh virus H1N1. Pun demikian, kita seolah-olah terbangun, bahawa disebabkan serangan virus ini kita beranggapan bahawa kejadian ini sungguh mencemaskan. Moralnya adalah apa perbezaan nyawa yang hilang kerana Virus H1N1 atau nyawa yang hilang kerana kemalangan?
No comments:
Post a Comment