Wednesday, July 08, 2009

PRK Manek Urai: Pertembungan antara Dua Aziz

Nasharudin Mat Isa Timbalan Presiden Pas merangkap ahli parlimen Bahcok dan pengarah operasi pilihanraya kecil Manek Urai tidak dibenarkan berceramah, kerana beliau bukan ulamak,menurut pengarah pilihanraya Pas Manek Urai Abdul Fatah Harun.

Menurut Fatah lagi, PRK Manek Urai, PAS hanya mempergunakan Nik Aziz sebagai ikon bagi menarik para pengundi.

Nasharudin menjadi isu apabila beliau menyokong cadangan Presiden Pas Haji Hadi Awang untuk mengwujudkan unity government bersama Umno. Ekoran sokongan beliau tersebut, Nik Aziz mengecamnya dan memintanya keluar Pas dan masuk Umno. Kecaman Nik Aziz ini masih belum padam sepenuhnya di hati rakyat kelantan, walaupun Nik Aziz telah memberi maaf kepada timbalan presiden itu. Inilah tersirat sebalik sebab muasabab kenapa Ustaz Nasa tidak dijemput berkempen di Manek Urai.

Apakah faktor Nasharudin tidak dibenarkan berkempen di Manek Urai dapat mempengaruhi pengundian pada 14 Julai ini? Ataukah faktor Nik Aziz akan menambah majoriti kemenangan Pas, daripada 1,352 majoriti allahyaraham Ismail Yaacob mengalahkan Zulkefli Omar pada PRU-12?

PRK Manek Urai kali ini dirasakan bukan pertembungan yang ketara antara PAS dan Umno,kerana DS Najib mengatakan bahawa PRK ini merupakan pertandingan persahabatan. Pilihan parti mana yang di pilih oleh para pengundi adalah terserah kepada kelibat personaliti yang terlibat. Di Pihak Pas adalah Nik Aziz, Nik Mat manakala di pihak Umno adalah calon Umno sendiri Tuan Aziz. Tuan Mat.

Dengar khabarnya poster Tuan Aziz Tuan Mat yang telah dipasang diserta Manek Urai telah berjumlah 300 ribu helai, manakala lawan sebenarnya Abe Uji atau Mohd Fauzi Abdullah, hanya terpampang di beberapa tempat strategi sahaja, manakala poster Nik Aziz terpampang di mana-mana di seluruh pelosok Manek Urai.

Dalam PRK ini, jika Tuan Aziz Tuan Mat kalah sekalipun, adalah wajar, kerana calon Umno ini terpaksa berdepan dengan Tuan Guru Pas, yakni Nik Aziz Nik Mat sendiri.

No comments:

Blog Archive