" Perkembangan serta kemajuan sesebuah negara dan rakyatnya bermula dari kanak-kanak justeru menaruh keyakinan modal insan yang berkualiti dan kreatif berupaya memacu negara ke arah era pembangunan dan kegemilangan" Datin Rosmah Mansor.
.
Sungguh bertuah kanak-kanak yang berkesempatan hadir dalam majlis tersebut selain dihadiri oleh istri TPM juga oleh ahli kehormatan Tun Hasmah Mohd Ali.
.
Kanak-kanak tersebut sempat dihibur oleh pengacara idola remaja Aznil Nawawi dan diperdengarkan lagu Cliff Richard "young one".
.
Tidak dinafikan bahawa perkembangan setiap individu adalah bermula dari peringkat muda. Bidalan ada berkata melentur buluh biar daripada rebung.
.
Kanak-kanak ibarat kain putih, tergantung kita bagaimana mencorakannya. Jika kain putih itu dicorak menjadi kain batik seperti kegemaran Puan Sri Endon, maka kain putih itu menjadi ia kain batik. Terserah kepada inspirasi pembatik, kualiti warna yang digunakan, adunan warna yang digunakan untuk menentukan kualiti kain batik itu.
.
Kualiti batik bermacam-macam, ada kain batik yang beribu harganya, ada kain batik yang murah dan melambak di pasar-pasar kain umpamanya chowkit.
.
Adalah benar pernyataan isteri pemimpin No 1 negara tersebut, akan tetapi tingkat dan kelas masyarakat kita bermacam-macam. Masyarakat kita terbahagi kepada beberapa kelas mula dari yang daif kepada mereka yang billioner.
.
Perkembangan kanak-kanak bermula dari janin lagi, selain ketentuan oleh Maha Pencipta faktor biologis dan pemakanan juga menentukan perkembangan kanak-kanak.
.
Pemakanan yang disajikan dan menjadi kebiasaan kanak-kanak di peringkat awal lagi sangat menentukan perkembangan mereka, selain susuk galur dan pendedahan awalan mereka.
Jika diinginkan oleh Maha Pencipta, maka adalah tidak mustahil semua kanak-kanak kita akan menjadi terbilang dan gemilang. Akan tetapi kekangan yang dihadapi oleh sebahagian daripada masyarakat menjadikan cita-cita dan harapan Datin Rosmah Mansor itu hanya tinggal angan-angan.
.
Kita bertanya pada diri kita sendiri, bagaimanakah kita membangun anak-anak kita kepada kanak-kanak yang terbilang dan gemilang, jika sarapan pagi pun tidak berkualti, cuma 1/2 bungkus mee segera jenama maggi, itupun hanya kadangkala. Belum lagi mereka berhadapan berbagai kemuskilan di pagi hari, terpaksa meredah belukar, jalan-jalan berdebu, sungai-sungai deras.
.
Harapan dan keinginan isteri No 1 pemimpin negara itu adalah harapan ideal, akan tetapi kemuskilan-kemuskilan masyarakat kita memungkinkan harapan itu tinggal harapan. Tidak ada ibubapa yang tidak menginginkan anak-anak mereka tidak berjaya, semua ibubapa menginginkan anak-anak mereka menjadi manusia yang terbaik
.
Malangnya keinginan ibubapa itu hanya tinggal keinginan dan harapan seperti kata bidalan niat di hati memeluk gunung apakan daya tangan tak sampai.
No comments:
Post a Comment