Akhir-akhir ini setiap ucapan Datuk Najib ada saja penekanan terhadap isu turun padang oleh wakil-wakil rakyat. Isu turun padang ini bagi Najib merupakan isu utama untuk menyampaikan pesanan kepada akar umbi.
Datuk Najib dalam siri lawatan mengejut atau yang telah diatur menunjukan tauladan ini. Beliau sanggup berjalan kaki; melihat sendiri kesah kesu rakyat dalam suasana kesibukan mencari rezeki khasnya di bandar.
Timbalannya baru-baru ini semasa melawat Sarawak sanggup juga berjalan 3 kilometer meninjau dan melihat sendiri batas pembangunan di sekitar Bandaraya Kuching semata-mata memperkasakan amalan turun padang.
Berasaskan kepada berita yang telah dilaporkan, pemimpin nombor satu dan dua negara ini untuk sementara hanya berkesempatan mempraktekkan amalan turun padang ini meliputi bandar-bandar besar, atas sebab di kawasan-kawasan inilah mereka dapat menyaksikan kepelbagaian dan keanekaan ragaman aktiviti masyarakat majemuk negara ini.
Isu Turun Padang
Isu turun padang ini pada suatu waktu semasa mantan perdana menteri Tun Abdullah Badawi masih ditampuk pemerintahan selalu juga menekankan isu turun padang sebagai aras kepada wakil-wakil rakyat yang sedang berkhidmat untuk dipilih semula sebagai calon barisan nasional. Pada waktu itu, selain isu turun padang, kehadiran dalam dewan rakyat juga diambil kira.
Mutakhir ini, isu turun padang diketengahkan lagi- mungkin pengertian turun padang semasa Tun Abdullah berlainan dengan istilah turun padang masa Najib. Mungkin istilah turun padang semasa Tun Abdullah, tidak mendapat liputan media masa, tetapi isu turun padang zaman Najib telah menjadi perhatian media cetak, elektronik maupun blogers.
Sampai kapan kah isu turun padang ini menjadi agenda utama Datuk Najib, apakah selama ini wakil rakyat yang diberi amanah mewakili rakyat tidak turun padang? sehinggakan, mutakhir ini, penekanan kepada isu ini dititik beratkan.
Adalah dirasakan, isu turun padang ini adalah iktibar kepada Datuk Najib semasa pilihanraya umum 1999, dimana beliau hampir kalah di kerusi Pekan-Pahang, kerana mungkin masa itu, beliau telah lalai turun padang?
Manusia berakal dan berfikiran selalu berpaksi kepada pengalaman. Melalui pengalaman, manusia menyusun tindakan, melalui pengalaman manusia mendapat iktibar, melalui pengalaman manusia belajar, melalui pengalaman manusia bermuhasabah. Melalui pengalaman manusia mengambil yang baik jadi tauladan, mengambil yang pahit menjadi sempadan.
Berpaksi kepada pengalaman Datuk Najib dalam PRU-1999, beliau menukar halatuju dan pendekatan- mungkin melalui konsep turun padang. Konsep Datuk Najib ini ternyata sangat berjaya dan terbukti jika dilihat kelebihan undi yang nyawa-nyawa ikan pada PRU-1999, majoriti beliau terus meningkat dengan jumlah yang sangat ketara. pada PRU-11 dan PRU-12.
Persoalannya sekarang, apakah pengalaman Datuk Najib ini diterima pakai oleh wakil-wakil rakyat lain yang mewakili BN? Jika diterima pakai,apakah keadah ini hanya untuk sementara dan sambil lewah sekadar melepas batuk di tangga? atau sekadar hangat-hangat tahi ayam atau dalam tempoh memanaskan kerusi kaedah ini diguna pakai seperti kata orang: masih penyapu baru.?
Kelangsungan kaedah ini adalah menjadi perhatian rakyat dalam tempoh 3 tahun ini sebelum PRU-13, semoga isu ini bukan menjadi isu dan isu yang tidak perlu dijawab terpaksa diberi jawaban pada PRU-13.
Mesej Turun Padang
Mesej apakah yang dibawa semasa turun padang- apakah melalui kaedah turun padang ini- hanya sekadar menyampaikan konsep pimpinan dalam mentadbir negara atau kah turun padang sebagai kaedah mengumpul data sebagai masukan dan asas perancangan untuk membangun rakyat atau apakah kedua-duanya sekali?. Seandai demikian asasnya- apakah selama 50 tahun merdeka ;data mengenai keperluan rakyat belum tersedia? sehingga terpaksa menunggu sehingga perlantikan PM ke-6 barulah isu ini diambil berat? Seandainya asumsi ini ada kebenarnnya- rakyat cuma dapat menyalahkan tampuk kepimpinan kerajaan. Rakyat terpaksa berterima kasih kepada mereka-mereka yang membangkang kerajaan, kerana kehadiran para pembangkang ini dapat membuka mata dan pemimpin kerajaan mencelik mata, bahawa selama 50 tahun, kerajaan yang memerintah tidak memperhatikan kebajikan rakyat.
Kerajaan yang memerintah sekarang- cuma dapat menyalahkan diri sendiri dan mesti berterima kasih kepada pembangkang kerana kehadiran pembangkang mendorong mereka untuk berkerja keras dalam usaha membela rakyat.
Kerajaan tidak boleh menyalahkan pembangkang kerana ingin mengambil alih kerajaan- kerana peluang yang diberikan selama 50 tahun disia-siakan.
No comments:
Post a Comment